Sep
Ulang Tahun Ke-3 Blog PERSADA
Posted by Admin in Berita Persada
16 September setiap tahun adalah hari ulang tahun Blog Perhimpunan Seluruh Keluarga Tok Wan Daud (PERSADA). 16 September 2010 merupakan ulang tahun blog ini yang ke-3 tahun. Sepanjang 3 tahun usia blog ini, jumlah pelawat daripada ahli keluarga adalah kurang membanggakan dengan jumlah ahli yang pernah mengunjunginya tidak sampai 50 orang. Walaupun jumlah hits setakat coretan ini adalah 18,525, tetapi yang mengunjunginya hanyalah ahli-ahli yang sama sahaja. Terima kasih buat semua yang selalu mengunjungi blog ini.
Sekiranya ramai yang mengunjungi blog ini, mungkin banyak input serta info yang kita semua dapat kongsi bersama di samping pelbagai cadangan-cadangan yang boleh diketengahkan. Di harap masing-masing dapat mempromosikan blog ini kepada ahli-ahli yang belum pernah lagi mengunjungi blog ini dan ahli yang belum mengetahui lagi kewujudan blog ini.
Sehubungan dengan itu, untuk makluman semua, untuk kerja-kerja mengemaskinikan blog ini, mulai 16 September 2010, saya akan dibantu oleh saudara Muhammad Hafiz B. Nasim agar blog ini sentiasa dikemaskini serta dapat diperbaharui dengan lebih baik lagi sebelum diserahkan tugas ini sepenuhnya kepada beliau. Oleh itu, selalulah mengunjungi blog ini sebagai tanda setakat mana komitmen kita terhadap apa-apa yang diadakan. Sekian, terima kasih.
- Admin