SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG RASMI PERHIMPUNAN SELURUH KELUARGA TOK WAN DAUD (PERSADA) - Saluran Alternatif Informasi Keluarga

LATAR BELAKANG  

Posted by Admin in


Majlis Perhimpunan Seluruh Keluarga Tok Wan Daud (PERSADA) sebenarnya selalu dilakukan secara kecil-kecilan dan mula dicetuskan oleh saudara mara di Kampung Kijal Kemuning, Machang serentak dengan Hari Raya Puasa. Namun bermula tahun 2005 majlis ini mula dianjurkan secara rasminya iaitu dibuat secara besar-besaran dan dinamakan sebagai Majlis Hari Raya Dan Perhimpunan Seluruh Keluarga Tok Wan Daud (PERSADA).

Keluarga Tok Wan Daud yang bermastautin di Kampung Kijal, Kemuning, Machang ialah sebuah keluarga yang besar. Allahyarham Haji Wan Daud Bin Wan Salleh atau dikenali dengan nama Tok Wan dan Allahyarhamah Hajjah Mariam Binti Haji Daud atau Mok Tok Wan terkenal di Kampung Kijal kerana kesolehan, kebijaksanaan, ketinggian peribadi serta mempunyai pengetahuan ilmu agama yang tinggi. Mereka berdua amat disegani dan dihormati jiran-jiran sekampung hingga sering menjadi rujukan masyarakat setempat baik dalam urusan duniawi apatah lagi dalam bidang agama.

Sebuah keluarga yang asalnya cukup miskin ini dengan jumlah 12 orang anak iaitu 6 lelaki dan 6 perempuan sudah tentu mengharungi seribu pengalaman hidup pahit manis. Mungkin itu, mereka hidup membanting tulang, bekerja keras dari terbit hingga terbenam matahari demi memastikan semua anak-anaknya mendapat sesuap nasi dan pakaian tanpa meminta-minta dari orang lain. Matlamat mereka berdua jelas, yakni semua anak-anak yang amat disayanginya itu berjaya dalam kehidupan di dunia dan akhirat.

Kini, hasil pengorbanan beliau, kesemua 12 anak-anaknya telah berjaya walaupun tidak dapat menandinginya dari segi kegigihan kerja, kehebatan peribadi atau menyainginya dalam amalan agama. Kesemua 12 anaknya pula telah berkembang hingga ke generasi ke 4 dan jumlah terkini keseluruhan anak, menantu, cucu, cicit dan ciaknya telah mencapai angka 300 orang. Hampir 70% dari jumlah ini menetap di negeri Kelantan tercinta manakala selebihnya bertebaran dari Perlis sampai ke Sabah.

Allahyarham Tok Wan Daud meninggal dunia pada tahun 1997 dan isterinya meninggal pada tahun 1998 dan jenazah mereka dikebumikan bersebelahan di Kubur Penakah, Kampung Kemuning, Machang.

0 comments

Catat Ulasan

Halaman

IKLAN


RADIO

TV ONLINE

DEMI MASA

Date Conversion
Gregorian to Hijri Hijri to Gregorian
Day: Month: Year

TOTAL VISITS

PENGIKUT SETIA

YM STATUS

IP ADDRESS ANDA

Allahyarham Haji Wan Daud Bin Wan Salleh

Allahyarham Haji Wan Daud Bin Wan Salleh

Allahyarhamah Hajjah Mariam Bt. Haji Daud

Allahyarhamah Hajjah Mariam Bt. Haji Daud

INFORMASI

Sebarang berita atau informasi yang ingin disiarkan dalam blog ini bolehlah menghantarnya melalui email: tokwandaud@yahoo. com.my atau sms kepada admin di talian 012-9626827.

STATISTIK PELAWAT

SURAT KHABAR