SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG RASMI PERHIMPUNAN SELURUH KELUARGA TOK WAN DAUD (PERSADA) - Saluran Alternatif Informasi Keluarga

Etika ketika menggunakan ruangan SEMBANG-SEMBANG  

Posted by Admin in

1. Tidak boleh membincangkan isu-isu yang sensitif seperti politik dan perkauman.

2. Setiap ahli keluarga perlu menggunakan nama sebenar, nama panggilan atau nama yang boleh dikenali.

3. Menggugat atau mencabar kredibiliti ahli keluarga dan pihak-pihak lain.

4. Mengaib ahli keluarga dan pihak-pihak lain.

5. Menimbulkan kekecohan di dalam serta diluar blog ini.

6. Terima teguran membina dan kritikan (yang betul) dengan hati terbuka.

7. Komen atau mesej mestilah ada value. Tidak cukup sekadar 'hehehe', TQ dan sebagainya.

8. Bermaaf-maafan jika ada yang berselisih pendapat dan bertikam lidah.

9. Tidak terlalu beremosi tetapi boleh bertegas.

10. Jika terdapat ahli keluarga yang tidak patuh kepada etika ini, anda akan di 'BAN' oleh Admin Blog PERSADA daripada menyertai ruangan SEMBANG-SEMBANG ini.

- Admin

Pembentangan Perbelanjaan Majlis Perhimpunan Seluruh Keluarga Tok Wan Daud Kali Ke-5 2010  

Posted by Admin in

Kutipan pada tahun ini:
1 Haji Awang 300.00
2 Hjh. Wan Kalsom 250.00
3 Hj. Wan Isa 250.00
4 Hj. Mat Yusof 300.00
5 Hj. Wan Pauzi 250.00
6 Hj. Wan Mohd Zain 200.00
7 Hjh. Wan Hasmah 250.00
8 Hjh. Wan Zainab 300.00
9 Hjh. Hendong 150.00
10 Hjh. Rahimah 200.00
11 Pn. Siti Assah 200.00
12 Hj. Wan Muhammad 150.00
Total : RM 2,800.00

Butir-butir perbelanjaan:
1 Hamper wajib, disediakan untuk setiap keluarga (RM50 X 12) 600.00
2 Hadiah sukaneka 190.70
3 Makanan dan lauk pauk wajib - gulai kawah (dikelolakan oleh tuan rumah):
Timun & ulaman 44.00
Daging 160.00
Sate (600 cucuk) 300.00
Beras (2 beg 10 kg) 48.00
Rempah ratus 30.00

Jumlah kutipan:
Ikan & paperbag 60.00
4 Sejadah (sehelai setiap keluarga) 222.00
5 Hamper kehadiran 100% 50.00
6 Penyediaan air minuman (dikelolakan oleh saudara Nazir) 100.00
7 Pinggan mangkuk dan cawan polisterin (dikelolakan oleh saudara Hasni) 288.00
8 Sewa khemah, kerusi dan meja (dikelolakan oleh saudara Nazri) 400.00
9 P.A system (dikelolakan oleh saudara Nazri) F.O.C
10 Banner (dikelolakan oleh saudara Zamri) 100.00
11 Buah pencuci mulut - tembikai (dikelolakan oleh Saudara Pariff) 30.00
12 Anugerah pelajar cemerlang (RM50 x 6, RM30 X 1) 330.00
2,952.70

Sumbangan yang diterima dengan jutaan terima kasih:
1 Bahan (peralatan) - gula-gula dan belon Saudara Rafidi (penakah)
2 Sate 1000 cucuk (tambahan) Saudara Anuar Bundle (penakah)
3 Satu persalinan setiap keluarga Bonda Rahimah - Cik (Kota Bharu)
4 Hamper -hamper cabutan bertuah Setiap keluarga yang terlibat.
5 Makanan serta kuih muih Setiap keluarga yang terlibat.

Disediakan oleh:
Zaini Bin Elias (selaku Pengarah Projek yang dilantik)
Tarikh: 18 September 2010

Catatan:
Senarai di atas adalah hanya kepada apa yang tercatat dan sampai ke pengetahuan Pengarah
Projek. Kepada mana-mana A.J.K yang telah mengeluarkan perbelanjaan dan belum menuntut wang pengembalian, sila kemukakan kepada email: eynlis@gmail.com (Zaini Bin Elias) untuk dilunaskan.

Facebook Perhimpunan Seluruh Keluarga Tok Wan Daud (PERSADA)  

Posted by Admin in

Harap dimaklumkan bahawa kita akan melancarkan facebook Perhimpunan Seluruh Keluarga Tok Wan Daud (PERSADA). Facebook ini bukanlah menggantikan blog yang sedia ada tetapi sebagai alternatif lain sebagai medium untuk kita menghimpunkan ahli keluarga kita di samping berkongsi info-info yang berkaitan kerana terdapat sesetengah daripada kita tidak dapat melayari blog kerana sekatan-sekatan. Di samping itu, melalui facebook juga, gambar-gambar dapat diupload dengan banyak dan senang dilihat berbanding blogspot yang akan menyebabkan page menjadi lembab kalau paparan mengandungi gambar yang banyak.

Facebook ini akan di moderate oleh saudara Wan Ahmad Nazir (merujuk kepada perbincangan atas longkang, tepi pagar dan disebalik banner dalam Stadium Sultan Muhammad Ke-IV semasa rehat separuh masa pertama Piala Malaysia Kelantan lawan Negeri Sembilan semalam-hehe). Facebook sedang dalam pembikinan dan akan dilancarkan pada 16hb September 2010 (serentak dengan ulang tahun Blog PERSADA).

Kepada ahli-ahli yang telah mempunyai akaun facebook, bolehlah add di link berikut : http://www.facebook.com/?ref=home#!/pages/Perhimpunan-Seluruh-Keluarga-Tok-Wan-Daud/153464221345386?ref=ts

Ulang Tahun Ke-3 Blog PERSADA  

Posted by Admin in

16 September setiap tahun adalah hari ulang tahun Blog Perhimpunan Seluruh Keluarga Tok Wan Daud (PERSADA). 16 September 2010 merupakan ulang tahun blog ini yang ke-3 tahun. Sepanjang 3 tahun usia blog ini, jumlah pelawat daripada ahli keluarga adalah kurang membanggakan dengan jumlah ahli yang pernah mengunjunginya tidak sampai 50 orang. Walaupun jumlah hits setakat coretan ini adalah 18,525, tetapi yang mengunjunginya hanyalah ahli-ahli yang sama sahaja. Terima kasih buat semua yang selalu mengunjungi blog ini.

Sekiranya ramai yang mengunjungi blog ini, mungkin banyak input serta info yang kita semua dapat kongsi bersama di samping pelbagai cadangan-cadangan yang boleh diketengahkan. Di harap masing-masing dapat mempromosikan blog ini kepada ahli-ahli yang belum pernah lagi mengunjungi blog ini dan ahli yang belum mengetahui lagi kewujudan blog ini.

Sehubungan dengan itu, untuk makluman semua, untuk kerja-kerja mengemaskinikan blog ini, mulai 16 September 2010, saya akan dibantu oleh saudara Muhammad Hafiz B. Nasim agar blog ini sentiasa dikemaskini serta dapat diperbaharui dengan lebih baik lagi sebelum diserahkan tugas ini sepenuhnya kepada beliau. Oleh itu, selalulah mengunjungi blog ini sebagai tanda setakat mana komitmen kita terhadap apa-apa yang diadakan. Sekian, terima kasih.

- Admin

Pasca Majlis Perhimpunan Keluarga Tok Wan Daud Kali Ke-5 Tahun 2010  

Posted by Admin in

Coretan pertama
Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan buat semua ahli keluarga Tok Wan Daud tak kira dimana berada samada yang beraya di kampung halaman ataupun di perantauan.

Majlis Perhimpunan Keluarga Tok Wan Daud Kali Ke-5 Tahun 2010
Terima kasih kepada semua ahli keluarga yang hadir semasa majlis tersebut, walaupun sibuk dengan pelbagai acara lain serta masalah kesesakan jalan tetapi masih lagi dapat meluangkan masa bagi menghadiri majlis yang diadakan 2 tahun sekali ini. Kehadiran pada majlis ini adalah membanggakan dengan kehadiran seramai 262 orang daripada 318 jumlah keseluruhan ahli keluarga kita termasuk 2 orang ahli baru yang lahir beberapa jam sebelum majlis dimulakan.

Kepada semua AJK yang bertungkus lumus membuat persiapan, tahniah diucapkan kerana komitmen yang ditunjukkan tanpa mengira penat lelah bagi memastikan majlis dapat dianjurkan dengan sempurna walaupun terdapat beberapa perkara yang dibuat pada saat-saat akhir. Bukan sesuatu yang mudah untuk menganjurkan majlis yang sebegini tanpa melibatkan komitmen semua pihak samada secara langsung ataupun tidak langsung.

Kepada ahli-ahli yang mengutarakan usul-usul bagi menambahbaikkan komuniti kita, terima kasih diucapkan kerana keprihatinan yang ditunjukkan sebagai tanda sayang kepada komuniti kita ini yang dijadikan sebagai medium untuk menghimpunkan kita sekeluarga. Usul-usul ini mungkin boleh diketengahkan untuk kebaikan kita semua.

Buat tuan rumah yang akan datang pada tahun 2012 iaitu Hj. Awang B. Wan Daud di Kampung Penakah, Machang, diharap dapat menganjurkan majlis ini lebih baik lagi daripada majlis-majlis yang dianjurkan sebelum ini agar ada sesuatu kelainan berbanding yang telah dianjurkan. Kita jumpa lagi pada Majlis Perhimpunan Keluarga Tok Wan Daud Kali Ke-6 Tahun 2012 di Kampung Penakah, Machang.

- Admin

MINIT MESYUARAT  

Posted by Admin in

Minit Mesyuarat Gerak kerja yang diadakan pada 28 Ogos 2010 (Sabtu) Jam 10.00 malam bertempat di Rumah Mok Moh di Kampung Kijal Kemuning, Machang, Kelantan

Yuran : Naik RM50.00
Majlis pada 12 September 2010 (Ahad)
Tempat : Perkarangan Rumah Pok Mudo, Kampung Kijal Kemuning, Machang, kelantan
Masa : 11.00 pagi hingga 4.30 petang
Makanan :-
- Nasi Gulai Kawah
- Air Sirap & Teh 'O'
- Makan bermula jam 11.30 pagi
Menu :-
- Daging 10 kg
- Sambal 1 kg
- Ulam, budu dan ikan tawar
- Buah tembikai
- Sate - 1,600 cucuk (Mok Yah 600 cucuk dan Nazri 1,000 cucuk)

*** NOTA
- Setiap family perlu membawa makanan 'berat' untuk makan 10 orang ke atas.
- Setiap family perlu membawa 2 hamper untuk cabutan bertuah.

Anggaran Kos :-
- Khemah : RM500.00
- Sate : RM 800.00
- Beras : RM 60.00
- Daging : RM 160.00
- Arang : RM 20.00
- Air : RM 7.00 x 10 tong = RM 70.00
- Gelas, pinggan polistrin = RM 200.00
Hamper wajib :
- Kain sejadah : RM 220.00
- Hamper : RM 600.00
Hadiah sukaneka + pelajar cemerlang : RM 200.00
- Administration : RM 100.00

*** Meeting terakhir akan diadakan pada malam raya pada jam 10.00 malam bertempat di Rumah Mok Moh. (Agenda : Pembahagian tugas dan lain-lain hal)

Tentatif Program
10.30 pagi : Pendaftaran & pembahagian no. cabutan bertuah.
11.00 : Buka majlis oleh Pengarah Projek
Bacaan doa oleh Pak Do Ji
Ucapan alu-aluan oleh Pak Cu Amat
Bacaan Al-Quran Oleh Cik

11.30 pagi : Makan
Santai

12.30 t/h : Cabutan bertuah (3 cabutan)
Santai
Sembahyang Zuhur berjemaah

1.50 ptg : Tahlil

2.15 ptg : Cabutan bertuah (3 cabutan)

2.30 - 3.30 ptg : Sukaneka (kanak-kanak)
Berebut gula-gula (bawah 5 tahun)
Tiup belon (prasekolah, Darjah 1-3)
Isi air dalam botol (Darjah 4,5 dan 6)

3.30 ptg : Cabutan bertuah (3 cabutan)

3.45 - 4.45 ptg : Persembahan Dikir Barat

4.15 ptg : Cabutan bertuah
Anugerah Pelajar Cemerlang
Penyampaian hamper wajib
Anugerah kehadiran 100%
Bersurai

Majlis Perhimpunan Keluarga Tok Wan Daud Kali Ke-5 Tahun 2010  

Posted by Admin in

Majlis Perhimpunan Keluarga Tok Wan Daud Kali Ke-5 Tahun 2010

Tarikh : 12 September 2010 (Ahad)
Masa : 11.00 pagi - 5.oo petang
Tempat : Perkarangan Rumah Hj. Wan Pauzi B. Wan Daud, Kampung Kijal Kemuning, Machang, Kelantan

Jumlah Ahli Keluarga :

Tn. Haji Awang : > 65 orang = RM250.00 + RM50.00 = RM300.00
Hjh. Wan Kalsom : 29 orang = RM200.00 + RM50.00 = RM250.00
Hj. Wan Isa : 24 orang = RM200.00 + RM50.00 = RM250.00
Hj. Mat Yusof : 32 orang = RM250.00 + RM50.00 = RM300.00
Hj. Wan Pauzi : 24 orang = RM200.00 + RM50.00 = RM250.00
Hj. Wan Mohd Zain : 19 orang = RM150.00 + RM50.00 = RM200.00
Hjh. Wan Hasmah : 25 orang = RM200.00 + RM50.00 = RM250.00
Hjh. Wan Zainab : 50 orang = RM250.00 + RM50.00 = RM300.00 (SUDAH DIBAYAR)
Hjh. Hendong : 6 orang = RM100.00 + RM50.00 = RM150.00
Hjh. Rahimah : 12 orang = RM150.00 + RM50.00 = RM200.00 (SUDAH DIBAYAR)
Pn. Siti Assah : 11 orang = RM150.00 + RM50.00 = RM200.00 (SUDAH DIBAYAR)
Hj. Wan Muhammad : 5 orang = RM 100.00 + RM50.00 = RM150.00 (SUDAH DIBAYAR)

Jumlah ahli keluarga setakat ini : > 302 orang
Jumlah bayaran terkumpul : RM 2,200.00 + RM600.00 = RM2,800.00

Bayaran boleh dibuat melalui nama bendahari :-
MOHD HASNI BIN MAT YUSOF

Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) : 03018020691685
Maybank : 153038947475
Bank Simpanan Nasional (BSN) : 0310429000005671

Sila maklum selepas bank-in (SSM ke 012-9626827)

Berita Kelahiran  

Posted by Admin in




Nama Bayi : Nur Farah Auni Bt Mohd Azhar

Nama Ibu : Norhayati Bt. Isa
Nama Bapa : Mohd Azhar Bin Abdul Rahman
Tarikh Lahir : 29 Jun 2010
Berat : 3.2 kg
Tempat Lahir : Hospital Tanah Merah, Kelantan
Jantina : Perempuan
Bilangan : Anak ke 6


Kredit untuk Kak Za

Galeri Foto : Majlis Perkahwinan (12.6.2010) dan Menyambut Menantu (13.6.2010)  

Posted by Admin in ,

Sedikit gambar perkahwinan Wan Junaida dengan Nazarudin pada 12 Jun 2010 (sabtu)dan majlis menyambut menantu pada 13 Jun 2010 (Ahad).









Kredit untuk Nazir dan lain-lain gambar boleh tengok kat http://www.facebook.com/wanjunaida#!/ruffluv?v=photos (untuk yang ada akaun facebook sahaja).

Hisham Menunaikan Umrah Di Mekah  

Posted by Admin in

Ini email yang masuk ke inbox tokwandaud yang dikirimkan oleh Kak Za. Berita bergambar tentang Hisham yang sempat menunaikan umrah di Kota Suci Mekah semasa cuti semestanya baru-baru ini. Di laporkan juga bahawa Hisham telah mendapat Anugerah Dekan dengan keputusan cemerlang dalam peperiksaan semester pertama. Alhamdulillah! Tahniah Hisham!

Kredit untuk Kak Za

PROGRAM MENCANDAT SOTONG DAN MEMANCING  

Posted by Admin in

Berikut adalah gambar-gambar yang dikirimkan oleh Nazir semasa program mencandat sotong dan memancing di perairan Kuala Kemaman dan Gebeng, Kuantan pada 28 Mei 2010. Gambar banyak untuk untuk dikongsi dalam ni, hanya gambar-gambar yang terpilih sahaja akan dipaparkan. Kredit untuk Nazir a.k.a J.









Undangan Majlis Perkahwinan  

Posted by Admin in


Berita Kelahiran  

Posted by Admin in




Nama Ibu : Ustazah Rohaiza Bt Abdul Manap
Nama Bapa : Mohd Azam Bin Abdul Rahman
Nama Bayi : Nurfaizzatul Akmal Bt Mohd Azam
Tarikh Lahir : 14 April 2010 (8.03 am)
Hari : Rabu
Tempat Lahir : Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru
Berat : 3 kg
Bilangan : Anak ke 4

Kredit untuk Kak Za

Sajak Ibu  

Posted by Admin in

Pengumuman : Peluang Kerjaya  

Posted by Admin in

Kalau ada saudara-masa yang sedang mencari kerja dalam sektor perbankan, calon-calon sedang direkrut untuk jawatan Trainee Executive. Syarat-syarat minima adalah berkelulusan SPM dengan kredit dalam subjek Bahasa Inggeris dan Matematik. Sesiapa yang berminat boleh menghubungi saudara Azhar (Abe Ha) ditalian 019-9521971. Sila maklumkan kepada saudara-mara yang lain. Sekian, terima kasih.

Berita Kelahiran  

Posted by Admin in







Nama Bayi : Syed Aaron Bin Syed Ahmad Daniel
Nama Ibu dan Bapa : Syed Ahmad Daniel Syed Ramli & isteri, Hazwani Hanim Naim
Tarikh Lahir : 31 march 2010 (5.20 petang)
Berat : 3.6 kg
Jantina : Lelaki
Tempat Lahir : Hospital Putera Melaka

Galeri Foto : Majlis Perkahwinan Arfah Bt. Nasim (17.3.2010)  

Posted by Admin in ,







Berita Kelahiran  

Posted by Admin in

Nama Bayi :Muhammad Adam Ikhwan Bin Azlan
Tarikh Lahir : 04 Februari 2010 jam 6.50 am
Berat : 3.29kg
Jantina : Lelaki
Tempat Lahir : Hospital Seberang Jaya Pulau Pinang
Cita-cita : Pengganti Ir Nizar

Tahniah kepada pasangan Azlan & Hanim dengan kehadiran cahaya mata kedua.











Kredit untuk Kak Za

Pengumuman  

Posted by Admin in

Pohon perhatian kepada semua ahli keluarga yang ingin mengirim apa-apa berita untuk dimuatkan dalam blog ini supaya mengambil langkah-langkah berikut:-
1. Di pendahuluan tajuk email tersebut, sila taip PERSADA. Contohnya, PERSADA: Berita Kelahiran.

2. Hantar email tersebut ke email tokwandaud@yahoo.com.my

3. Maklumkan penghantaran email tersebut dalam ruangan SEMBANG.

Sekian, harap maklum

Baby Tahun Baru 2010  

Posted by Admin in


Tahniah kepada pasangan Azwani dan Ziyad menyambut kelahiran cahaya mata baru sempena tahun baru. Bayi lelaki selamat dilahirkan dengan berat 3.6kg pada hari Selasa 5 Januari 2010 pukul 9.43 pagi di Hospital Sultanah Zainab Kota Bharu melalui pembedahan. Namanya ialah MUHAMMAD ILMAN MUQRI BIN ZIYAD.







Kredit untuk Kak Za sebab hantar info melalui ke email.

Halaman

IKLAN


RADIO

TV ONLINE

DEMI MASA

Date Conversion
Gregorian to Hijri Hijri to Gregorian
Day: Month: Year

TOTAL VISITS

PENGIKUT SETIA

YM STATUS

IP ADDRESS ANDA

Allahyarham Haji Wan Daud Bin Wan Salleh

Allahyarham Haji Wan Daud Bin Wan Salleh

Allahyarhamah Hajjah Mariam Bt. Haji Daud

Allahyarhamah Hajjah Mariam Bt. Haji Daud

INFORMASI

Sebarang berita atau informasi yang ingin disiarkan dalam blog ini bolehlah menghantarnya melalui email: tokwandaud@yahoo. com.my atau sms kepada admin di talian 012-9626827.

STATISTIK PELAWAT

SURAT KHABAR