SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG RASMI PERHIMPUNAN SELURUH KELUARGA TOK WAN DAUD (PERSADA) - Saluran Alternatif Informasi Keluarga

JIKA DIROMPAK DI ATM, KENA BUAT CARA NI  

Posted by Admin in


 Sekiranya anda dirompak dan dipaksa untuk mengeluarkan wang akaun anda daripada mesin ATM, anda boleh meminta bantuan cara senyap dengan memasukkan no Pin anda di mesin ATM cara terbalik. Sebagai contoh jika no Pin anda adalah 123456, jadi anda harus memasukkan nombor 654321. Mesin ATM akan mengenalpast i nombor tersebut adalah nombor yg diterbalikkan drpd nombor yg sebenarnya melalui kad anda yg masukkan kedalam mesin tersebut.

Mesin ATM akan tetap mengeluarkan wang tunai seperti biasa, tapi apa yg kita tidak ketahui, pihak Bank dgn segera akan menghantar pihak berkuasa (Polis) kepada anda. Perkara ini pernah disiarkan di TV baru-baru ini dan ianya menyatakan kaedah ini jarang diguna disebabkan ramai orang tidak mengetahui akan kewujudan sistem yg seumpama ini.

FAKTA MENARIK (2)  

Posted by Admin in

Amazon adalah sungai yang terbesar di dunia, 6,259 km


Bandar Calma di Chile tidak pernah langsung menerima hujan

Orang Francis makan lebih banyak keju dari negara lain di dunia

Ada sebuah tempat di Francis yang bernama "Y"

Raja Louis XIX memerintah Perancis selama 15 minit sahaja.

Ketinggian Eifel Tower di Perancis sentiasa berubah mengikut suhu.Adakalanya sehingga 6 inci.

Lagu kebangsaan Greece ada 158 versi.

Orang Bulgaria paling banyak makan yogurt di dunia.

Belanda telah melaksanakan kempen menentang sikap sumpah menyumpah.Stesen Keretapinya mula meletakkan tanda 'Ketinggalan Keretapi?Menyumpah tidak membantu'

Belanda adalah satu-satunya negara di dunia yang ada anjing kebangsaan.

King George I di England tidak boleh berbahasa Enggeris. Beliau dibesarkan di Jerman.

Mesin pengeluaran wang (ATM) mula-mula di cipta di England pada 1965

Buku panduan talipon di negara Iceland kadangkala turut memuatkan pekerjaan seseorang. Ini adalah kerana terlalu banyak penduduknya yang memiliki nama yang sama.

Sehingga tahun 1997, lebih banyak babi dari manusia di Denmark.

Sweden mempuyai kadar kelahiran paling sedikit (1 dlm 100)

Komik kartun Donald Duck pernah diharamkan di Finland kerana ia tak pakai seluar.

Lithuania adalah negara yg punyai paling banyak orang bunuh diri.

Kod talipon untuk Russia ialah ' 007 '

Harga bagi burger McDonald's Extra Value di Russia sama dengan purata sebulan gaji pekerja Russia

Orang Russia menjawab talipon dengan menyebut'saya mendengar'

Amerika beli Alaska dengan harga 2 sen seekar dari Russia

1 dari 5 doktor di seluruh dunia adalah orang Russia

Keretapi yg bergerak setiap hari pergi dan balik ke Bombay di India dibuat untuk menampung 1,700 penumpang tetapi ianya di naiki oleh 7000 penumpang setiap perjalanan.

Nepal adalah satu-satunya negara yang mempunyai bendera yang bukan empat segi.

Setiap perokok di China menghisap 1,800 batang rokok setiap tahun.

Lebih banyak orang China yang berbahasa Enggeris dari org Amerika.

Berus gigi dicipta di China pada tahun 1498

Vatican City adalah negara terkecil di dunia dengan penduduk 1000 orang dan bersaiz 108 ekar.

Di Jepun, tembikai berbentuk empat segi.

98% mayat di Jepun dibakar.

Nombor 'four' di Jepun dianggap nombor sial kerana sebutannya dalam bahasa Jepun sama dengan perkataan 'mati'

Ada tempat di Jepun dinamakan 'O'

Pada kurun ke 16, orang Philipina menggunakan 'yo-yo' sebagai senjata perang.

Nama tempat terpanjang di dunia ialah
'Taumatawhakatangihangakoauauotamateaturipukakpikimaungahoronukupokai-
iwhenuakitanatahu' iaitu nama sebuah bukit di New Zealand.

Pulau terbesar di dunia ialah Greenland.

'BACK TO FUTURE'  

Posted by Admin in


Ditakdirkan anda berada di zaman Kesultanan Melayu Melaka. Senang cerita anda merupakan salah seorang dari rakan-rakan Hang Tuah, Jebat, Kasturi, Lekir dan Lekiu. Pada suatu hari sedang anda melepak dengan rakan-rakan anda tadi tiba-tiba muncul seseorang yang tidak anda kenali meminta kebenaran untuk sama-sama berborak dalam kumpulan anda. Dengan besar hati anda dan rakan anda bersetuju untuk menjadikannya seorang kawan baru.

Entah macamana ketika asyik berborak, rakan baru anda tiba-tiba berkata "Kau orang tahu tak, dah dua tiga malam aku bermimpi mimpi yang sama. Dalam mimpi tu aku berada dalam badan satu burung raksaksa yang diperbuat daripada besi. Terdapat beratus-ratus orang dalam badan burung tersebut. Burung berbadan besi tersebut sangatlah berat tetapi ia mampu terbang tinggi dan sangat laju hingga tak mampu dibayangkan".

Pada zaman itu, mustahil bagi anda untuk mempercayainya. Semua orang akan berkata itu adalah cerita paling dongeng sekali yang pernah diucapkan. Tetapi nah cuba lihat sekarang!. Burung besi tadi bukan lagi satu yang menghairankan. Kebanyakan dari kita pernah menaikinya. Kita memanggilnya kapalterbang.

Sekarang mari kita bawa diri kita ke masa hadapan pula. Di dalam Al-Quran Allah menyatakan orang-orang yang mati syahid kerana berjihad di jalan Allah, rohnya akan ditempatkan di dalam badan seekor burung berwarna hijau di syurga. Mahukah anda menafikannya? Ingat.. sebelum anda menafikannya jangan lupa untuk mengimbau kembali ke zaman Kesultanan Melayu Melaka di awal cerita ini tadi...

JOM BERHENTI MEROKOK  

Posted by Admin in

Ada yang berkata.. tak merokok pun boleh kena penyakit juga, boleh mati juga!

Ya, ada terlalu banyak sebab untuk mati dan kita juga boleh mati tanpa sebarang sebab. Sememangnya apa jua yang wujud di dunia ini akan berakhir, hanya Allah yang kekal. Tetapi adakah kita dijadikan untuk mati? TENTUNYA TIDAK!

Kita hanya diberikan sedikit masa di dunia ini. Dalam perjalanan hidup yang singkat ini kita ingin melakukan banyak perkara. Adakah merosakkan diri sendiri salah satu darinya?

Barah dan sakit jantung boleh menyerang semua. Bukan saja akibat merokok tetapi juga berpunca dari permakanan yg tidak seimbang. Walaubagaimanapun, seorang perokok lebih mudah diserang penyakit-penyakit tersebut. Ambil saya saja sebagai contoh dimana saya telah menghadapi masalah jantung pada usia 40 tahun, manakala seorang ahli keluarga saya yang tidak merokok hanya mengalaminya pada usia 50 tahun.

Ini bermakna, seorang perokok seperti saya telah mendapat penyakit jantung 10 tahun lebih awal dari yang tidak merokok. Kini telah hampir 2 tahun saya berhenti merokok dan percayalah bahawa nikmatnya lebih tinggi dari menjadi penagih rokok.

Kenapa perlu berhenti merokok?

Tembakau dari rokok mengandungi lebih 4,000 kimia, kebanyakannya beracun. Nikotin menambahkan tekanan darah, memaksa jantung bekerja lebih keras. Karbon Monoxide menjadikan jantung anda bergerak lebih cepat dan mengambilalih oksigen dalam darah. Tar didalam rokok mengandungi berpuluh kimia yang mengakibatkan barah.Merokok boleh menyebabkan saluran jantung (artery) tersumbat yang boleh menyebabkan serangan sakit jantung.Perokok mempunyai 70% risiko kematian akibat sakit jantung berbanding dengan yang tidak merokok.

Di Malaysia, 4.6 juta rakyatnya adalah perokok. Perangkaan menunjukan kes sakit paru-paru di Malaysia bertambah 17% setahun dan setiap tahun 10,000 rakyat Malaysia mati akibat penyakit yg berpunca dari merokok setiap tahun. Adakah anda bakal seorang darinya?

Cubalah berhenti merokok sekarang juga kerana:

Risiko serangan sakit jantung hanya berkurangan selepas setahun anda berhenti merokok.

Setelah 2 hingga 6 tahun berhenti merokok, risiko diserang sakit jantung anda berkurangan sama seperti anda tidak merokok

Jika anda menghisap sekotak rokok 20 batang yang berharga RM8.00 sehari, setahun anda boleh menjimatkan RM2880.00

10 PETUA TRADISIONAL (1)  

Posted by Admin in

Ari-ari Pedih
Ambil sirih bertemu urat, sebiji bauh pala dibenamkan ke dalam abu panas, sebiji pinang yang telah dibelah tiga bahagian serta disapu dengan kapur dan makan pada sebelah pagi, tengahari dan petang. Amalkan selama tiga hari berturut-turut.

Asma
Tujuh helai daun sirih ditumbuk lumat bersama satu sudu teh lada putih dan campurkan minyak kayu putih secukupnya agar menjadi pepesan. Sapukan pada dada pesakit serta leher, amalan ini akan menghilangkan penyakit asma.

Barah
Tiga helai daun sirih bertemu urat dihancurkan lumat berserta kapur sirih sebesar ibu jari kaki dan sesudu makan madu lebah untuk menjadi pepesan. Sapukan tiga kali sehari dibahagian yang sakit.

Batuk Lelah
Daun sirih dilayur dan dituam ke dada pesakit. Air daun sirih diguna untuk minuman kepada pesakit.

Bau Badan
Sapukan adunan tiga helai daun sirih dan sedikit tawas yang telah diramas sama, ke atas badan dan ketiak semasa mandi. Biarkan beberapa ketika dan bilas dengan air bersih.

Bau Mayat
Untuk menghilangkan bau mayat yang melekat pada tangan atau baju setelah menyelesaikan kerja-kerja mandi mayat, ambil beberapa helai daun sirih, ramaskan dan rendamkan bersama baju beberapa ketika sebelum dibilas dengan air bersih.

Bayi Selsema
Beberapa tangkai daun sirih tekan dengan jari hingga mengeluarkan lendirnya, kemudian sapukan pada batang hidung bayi. Cara ini akan melegakan selsema dan pernafasan menjadi mudah.

Berak Darah
Akar korma, gambir dan jintan putih dimakan dengan sirih pinang.

Demam
Tujuh helai daun sirih, kemenyan sebesar ibu jari dan tiga ulas bawang merah. Giling halus dan tampalkan di dahi. Lakukan dua kali sehari, cara ini bagi menghilangkan demam dan sakit kepala selepas bersalin.


Demam Panas

Tiga helai daun sirih diramas ke dalam semangkuk air bersih bersama buah pinang muda yang telah dipecah-pecahkan dan jaramkan pada kepala, lakukan beberapa kali sehingga panas badan berkurangan.

FAKTA MENARIK (1)  

Posted by Admin in

NEGARA

Canada adalah perkataan Red Indian yang bermaksud "Lembah Besar"

Pada tahun 1984, peladang Canada menyewakan badan lembu mereka untuk ruang iklan.

0.3% kemalangan jalanraya di Canada membabitkan rusa.

Dalam kebakaran terbesar di London pada tahun 1966, separuh dari kota London terbakar tapi cuma 6 orang yg tercedera.

Bolivia ada dua ibu negara.


BINATANG / SERANGGA

Sotong raksasa mempunyai mata yang terbesar diantara semua binatang.

Jika anda letak ikan emas di bilik gelap, ianya akan kelihatan berwarna putih.

Siput boleh tidur sehingga 3 tahun.

Kebanyakan ayam jantan berkelip sebelah mata saja pada satu satu masa.

Seekor kuda punya lebih 18 tulang dari seorang manusia.

TAHNIAH!  

Posted by Admin in

Syabas dan tahniah kepada Azhar b. Abd. Rahman (Abe Ha) dan Isteri (Kak Ti) kerana dapat mengajar ke sekolah baru di Kelate yang sebelum ini menabur bakti di sekolah di Kuantan, Pahang. Untuk makluman, Abe Ha akan mengajar di Sek. Men. Keb. Batu Gajah, Tanah Merah dan Kak Ti mengajar di Sek. Men. Keb. Tanah Merah 2. Selamat mengajar di sekolah baru kepada mereka.

Ahli Persada di perantauan lagu mano?Tok sir kelik Kelate lagi ko?

BERFIKIR DI LUAR KOTAK  

Posted by Admin in


Berfikir di luar kotak atau thinking outside the box adalah merupakan satu proses pemikiran. Daripada kebiasaan kepada sesuatu yang berlainan sama sekali.

Cuba lihat contoh yang saya berikan:
1+1 = ?
Jawapan yang biasa didengar sudah tentu jawapannya ialah 2 (dua).

Sekarang mari kita lihat jawapan menggunakan kaedah berfikir di luar kotak...
1+1 = Tidak semestinya 2 (dua). Ada kalanya ..

1+1 = 1 (Bila satu titik air dititik di atas titik air yang lain. Keduanya bercantum menjadi satu)
1+1 = 0 (Bila satu titik air dititik di atas air yang lain di dalam kuali panas, kedua-duanya akan hilang menjadi wap)
1+1 = 3 dan ke atas (Bila seorang lelaki mengahwini seorang perempuan dan dikurniakan anak mungkin seorang, mungkin dua dan mungkin kembar empat)

Jadi selepas ini, sebelum anda membuat apa-apa keputusan cubalah kaedah 'berfikir di luar kotak' kerana hasilnya mungkin jauh lebih baik dari jangkaan awal anda. Selamat mencuba!

REZEKI YANG TIDAK BERKAT  

Posted by Admin in


Pernah atau tidak anda pergi ke sebuah pejabat dan mendapati kakitangan sedang sibuk bermain pemainan komputer (computer game)?. Apa agaknya perasaan anda? Kalau ianya pejabat swasta pasti terlintas dalam hati .. kesian kat bosnya kerana membuang duit membayar gaji yang tidak setimpal dengan perkhidmatan yang diberikan oleh kakitangannya. Bagi yang bekerja dengan kerajaan pula anda pasti berkata padanlah perkhidmatan lembab kerana kakitangan membuang masa dan makan gaji buta. Itulah keluhan yang biasa kita dengari...

Soalnya walaupun pekerja membuang masa namun kebiasaannya majikannya tidak tahu. Kerana pekerja tidak akan mencuri tulang ketika majikannya ada. Jadi bagaimana dengan rezeki yang diperolehi? Jawabnya rezeki tersebut menjadi haram dan tidak ada keberkatan. Bila rezeki tidak berkat maka kebiasaanya Allah akan menarik kembali tanpa disedari sama ada melalui kesihatan atau pun musibah yang bertimpa-timpa yang mana akhirnya kita akan dapati duit yang keluar lebih banyak dari duit yang masuk.

TANDAS BERBENTUK PEREMPUAN ISLAM BERTUDUNG DI ISRAEL LAKNATULLAH  

Posted by Admin in

Israel kembali melakukan penghinaan terhadap simbol-simbol Islam. Mungkin kerana terlalu benci Islam, maka macam2 idea yang mereka lakukan untuk menghina Islam.

Media massa Israel baru-baru ini meyiarkan foto mangkuk buang air kecil yang dikeluarkan sebuah perusahaan di Israel, berbentuk perempuan berjilbab.

Jenis tempat buang air kecil ini, menurut media massa Israel sangat laris di p asaran Israel.

Sejumlah sumber seperti dikutip Albawaba menyebutkan bahwa bentuk toilet itu memang diarahkan untuk menghina simbol Islam dan kaum Muslimin.

Produk pertamanya berasal dari AS dan diimport ke Israel. Kini, bentuk toilet seperti ini sangat banyak didapati di Israel

Sememangnya Yahudi dan USA bangsa terlaknat!!!

Israel kembali melakukan penghinaan terhadap simbol-simbol Islam. Mungkin kerana terlalu benci Islam, maka macam2 idea yang mereka lakukan untuk menghina Islam.

Media massa Israel baru-baru ini meyiarkan foto mangkuk buang air kecil yang dikeluarkan sebuah perusahaan di Israel, berbentuk perempuan berjilbab.

Jenis tempat buang air kecil ini, menurut media massa Israel sangat laris di pasaran Israel.

Sejumlah sumber seperti dikutip Albawaba menyebutkan bahAwa bentuk toilet itu memang diarahkan untuk menghina simbol Islam dan kaum Muslimin.

Produk pertamanya berasal dari AS dan diimport ke Israel. Kini, bentuk toilet seperti ini sangat banyak didapati di Israel

Sememangnya Yahudi dan USA bangsa terlaknat!!!

Halaman

IKLAN


RADIO

TV ONLINE

DEMI MASA

Date Conversion
Gregorian to Hijri Hijri to Gregorian
Day: Month: Year

TOTAL VISITS

PENGIKUT SETIA

YM STATUS

IP ADDRESS ANDA

Allahyarham Haji Wan Daud Bin Wan Salleh

Allahyarham Haji Wan Daud Bin Wan Salleh

Allahyarhamah Hajjah Mariam Bt. Haji Daud

Allahyarhamah Hajjah Mariam Bt. Haji Daud

INFORMASI

Sebarang berita atau informasi yang ingin disiarkan dalam blog ini bolehlah menghantarnya melalui email: tokwandaud@yahoo. com.my atau sms kepada admin di talian 012-9626827.

STATISTIK PELAWAT

SURAT KHABAR