Sep
Facebook Perhimpunan Seluruh Keluarga Tok Wan Daud (PERSADA)
Posted by Admin in Berita Persada
Harap dimaklumkan bahawa kita akan melancarkan facebook Perhimpunan Seluruh Keluarga Tok Wan Daud (PERSADA). Facebook ini bukanlah menggantikan blog yang sedia ada tetapi sebagai alternatif lain sebagai medium untuk kita menghimpunkan ahli keluarga kita di samping berkongsi info-info yang berkaitan kerana terdapat sesetengah daripada kita tidak dapat melayari blog kerana sekatan-sekatan. Di samping itu, melalui facebook juga, gambar-gambar dapat diupload dengan banyak dan senang dilihat berbanding blogspot yang akan menyebabkan page menjadi lembab kalau paparan mengandungi gambar yang banyak.
Facebook ini akan di moderate oleh saudara Wan Ahmad Nazir (merujuk kepada perbincangan atas longkang, tepi pagar dan disebalik banner dalam Stadium Sultan Muhammad Ke-IV semasa rehat separuh masa pertama Piala Malaysia Kelantan lawan Negeri Sembilan semalam-hehe). Facebook sedang dalam pembikinan dan akan dilancarkan pada 16hb September 2010 (serentak dengan ulang tahun Blog PERSADA).
Kepada ahli-ahli yang telah mempunyai akaun facebook, bolehlah add di link berikut : http://www.facebook.com/?ref=home#!/pages/Perhimpunan-Seluruh-Keluarga-Tok-Wan-Daud/153464221345386?ref=ts