Sep
Pasca Majlis Perhimpunan Keluarga Tok Wan Daud Kali Ke-5 Tahun 2010
Posted by Admin in Berita Persada
Coretan pertama
Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan buat semua ahli keluarga Tok Wan Daud tak kira dimana berada samada yang beraya di kampung halaman ataupun di perantauan.
Majlis Perhimpunan Keluarga Tok Wan Daud Kali Ke-5 Tahun 2010
Terima kasih kepada semua ahli keluarga yang hadir semasa majlis tersebut, walaupun sibuk dengan pelbagai acara lain serta masalah kesesakan jalan tetapi masih lagi dapat meluangkan masa bagi menghadiri majlis yang diadakan 2 tahun sekali ini. Kehadiran pada majlis ini adalah membanggakan dengan kehadiran seramai 262 orang daripada 318 jumlah keseluruhan ahli keluarga kita termasuk 2 orang ahli baru yang lahir beberapa jam sebelum majlis dimulakan.
Kepada semua AJK yang bertungkus lumus membuat persiapan, tahniah diucapkan kerana komitmen yang ditunjukkan tanpa mengira penat lelah bagi memastikan majlis dapat dianjurkan dengan sempurna walaupun terdapat beberapa perkara yang dibuat pada saat-saat akhir. Bukan sesuatu yang mudah untuk menganjurkan majlis yang sebegini tanpa melibatkan komitmen semua pihak samada secara langsung ataupun tidak langsung.
Kepada ahli-ahli yang mengutarakan usul-usul bagi menambahbaikkan komuniti kita, terima kasih diucapkan kerana keprihatinan yang ditunjukkan sebagai tanda sayang kepada komuniti kita ini yang dijadikan sebagai medium untuk menghimpunkan kita sekeluarga. Usul-usul ini mungkin boleh diketengahkan untuk kebaikan kita semua.
Buat tuan rumah yang akan datang pada tahun 2012 iaitu Hj. Awang B. Wan Daud di Kampung Penakah, Machang, diharap dapat menganjurkan majlis ini lebih baik lagi daripada majlis-majlis yang dianjurkan sebelum ini agar ada sesuatu kelainan berbanding yang telah dianjurkan. Kita jumpa lagi pada Majlis Perhimpunan Keluarga Tok Wan Daud Kali Ke-6 Tahun 2012 di Kampung Penakah, Machang.
- Admin