SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG RASMI PERHIMPUNAN SELURUH KELUARGA TOK WAN DAUD (PERSADA) - Saluran Alternatif Informasi Keluarga

MANUSIA, MALAIKAT DAN SYAITAN  

Posted by Admin in

Manusia : Eh, dah subuh dah?
Malaikat : Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ....
Syaitan : Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie!zzzzzzzz

Manusia : Nak makan, laparlah!
Malaikat : Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan : Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa..

Manusia : Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat : Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan : Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah!

Manusia : Azan sudah kedengaran.. .
Malaikat : Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan : Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii.

Manusia : Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat : Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat
dan mengetahui !
Syaitan : Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia : Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat : Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan : Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh!.

Manusia : Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain.
Malaikat : Wahai anak Adam, nasihat-menasihatilah sesama kamu..
Syaitan : Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah!

Manusia : aku telah berdosa..
Malaikat : Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan : Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. ..
(kalau sempatla)

Manusia : Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat : Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah,
berpalinglah dari jalan itu ...
Syaitan : Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh..

Manusia : Uuhhh!letihnya arini..tak solat lagi nieee..
Malaikat : Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat
untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan : Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan
diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu...

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda - Patutke aku biarkan E-mail ini tetap dalam mailbox aku.
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (Forward E-mail ini)
3. Syaitan - Tak payahlah sibuk2

SURAT ANGKASAWAN KEPADA IBU SEBELUM BERLEPAS  

Posted by Admin in

BAIKONUR, (KAZAKHSTAN), 11 Okt (Bernama) -- Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha yang berlepas ke angkasa malam tadi telah meninggalkan wasiat dalam tiga pucuk surat untuk ibu bapanya sebagai peringatan jika apa-apa berlaku kepadanya sepanjang misi itu.

Ibunya Datin Zuraidah Sheikh Ahmad berkata surat itu diserahkan kepadanya ketika beliau dan suaminya berada di dalam bas untuk menyaksikan pelancaran roket Soyuz TMA-11 yang membawa Dr Sheikh Muszaphar ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

"Surat itu macam wasiat, dia meminta maaf, katanya beliau sayangkan kami berdua dan adik-adiknya dan jika ada apa-apa berlaku semua, salah dan silap minta dimaafkan," katanya dengan linangan air mata.

Dr Sheikh Muszaphar Shukor, berangkat dari Cosmodrome, Baikonur di sini pada 7.21 malam waktu tempatan (9.21 waktu Malaysia) untuk menjalani misi ke angkasa itu bersama Komander Peggy Whitson dari Amerika Syarikat dan jurutera penerbangan Yuri Malenchenko dari Russia.

Zuraidah berkata anaknya itu juga turut meminta supaya didoakan dia pergi dan balik dengan selamatnya.

Ketika menceritakan detik-detik pelancaran roket itu, Zuraidah berkata beliau menangis sekuat-kuatnya kerana tidak tahan sebak melihat anaknya berlepas.

"Saya juga takut kerana melihat api yang keluar begitu kuat daripada corong bawah roket berkenaan, itu amat menakutkan, " katanya.

Bagaimanapun selepas melihat roket itu berada di angkasa dengan selamat, Zuraidah mengakui merasa amat lega.

Bapanya Datuk Sheikh Mustafa Sheikh Shukor berkata perasaan takut turut menyelubungi dirinya apabila melihat roket itu dilancarkan.

"Saya takut kerana apa-apa boleh berlaku walaupun saya sudah bersedia menghadapi apa jua keadaan. Ini kerana dia sudah dilatih lebih setahun," katanya.

Bagaimanapun, beliau gembira impian anaknya tercapai akhirnya, malah anaknya telah memaklumkan kepadanya bahawa dia akan terus terlibat dalam program angkasawan sekembalinya dari angkasa.

Sementara itu ibu kepada Kapt Dr Faiz Khaleed, Maznah Mohamed berkata beliau merasa gembira dan berharap Dr Sheikh Muszaphar akan pergi dan kembali dengan selamatnya.

"Saya doa dan harapkan dia dapat membuat yang terbaik untuk negara," katanya.

Mengenai cadangan anaknya dilibatkan dalam misi angkasa akan datang, Maznah berkata itu terpulang kepada Dr Faiz dan sebagai ibu, beliau akan menerima apa jua keputusan yang dibuat oleh anaknya nanti.

Agensi Angkasa Rusia (Rosmoscos) telah membuat keputusan pada Selasa untuk Dr Faiz menyertai misi angkasa bagi sesi 2008/2009.

-- BERNAMA

RAHSIA WAJAH KITA  

Posted by Admin in

Di bawah ini adalah sedikit firasat mengenai diri anda melalui wajah anda. Ia sekadar untuk menambah pengetahuan, bukan untuk dipercayai. DAHI Anda mempunyai dahi yang berkerut-kerut secara tegak di antara mata?Kerut tersebut menunjukkan bahawa anda mendorong diri kuat bekerja dan bertujuan kesempurnaan dalam semua hal. Kerut tunggal yang mendatar di antara mata anda?Kerut mendatar tersebut menunjukkan bahawa anda seorang yang bertanggungjawab. Anda mesti dapat tahu cara untuk meringankan beban anda.

UNTUK RENUNGAN BERSAMA..  

Posted by Admin in

"Kau yang menciptakan cinta
Dan Kau jua yang menghampar bahagia
Di ribaanMu terhimpun harapan
Impian tulus setiap insan

Kau yang mengutuskan duka
Dan Engkaulah yang mengirimkan hampa
Namun padaMu jua diadukan
Merebahkan keresahan dan tangisan

Aku tahu inilah kasih-Mu
Aku tahu inilah cinta-Mu
Dan ku tahu tiap yang terbaik untukku
Tak semuanya yang ku mahu
Ya ALLAH…

Dan ku tahu di segenap ruang rasaku
Telah Kau titipkan kekuatan
Oh Tuhan…

Di celah hangat nafas yang terhela
Ada dingin saat menyebut nama-Mu
Terarah segala ronta rasa
Pada damainya dakapan-Mu
Ya ALLAH...

Janganlah berputus asa dari rahmat ALLAH yang amat luas…
Kasih sayang-Nya tak pernah berpenghujung…
Tapi..bagaimana pula dengan kita terhadap ALLAH…?"

CUBA RENUNGKAN..  

Posted by Admin in

ORANG KATA..
enjoy sementara muda, hidup panjang lagi, Bila tua nanti tobatlah.

ATUK KATA..
orang muda hidup memang baru bermula, tapi belum tentu masih panjang lagi, entah esok lusa Izrail datang menjemput.

AKU RASA..
betul jugak tu..

ORANG KATA..
exams tu susah, kena banyak sacrifice, constant study..past year papers..etc..etc..etc..

ATUK KATA..
exams tu senang aje, dah ada tarikh untuk di uji, dah ada syllabus untuk di ikut, kalau ajal.. entah bila siapapun tak tahu, byk pula tu peringkat ujiannya, Munkar Nankir, Neraca Mizan, tayangan slide..

AKU RASA..
betul jugak tu..

ORANG KATA..
have fun on your birthday, panggil kekawan and sedara mara,
berpartylah sepanjang malam, make it a memorable one!!

ATUK KATA..
setiap hari jadi, kita semakin hampir, hampir setahun dengan kematian, setahun lagi diberi peluang utk beramal, bertaubat..

AKU RASA..
betul jugak tu..

ORANG KATA..
kerja mesti sungguh-sungguh, beli rumah besar, kereta mewah, makan lazat.. baru hati puas!

ATUK KATA..
ye ke hati dah puas?? dah cukup ibadah nak tempah kubur luas-luas? dah siap kenderaan meluncur Siratul Mustaqim?
dah cukup zikir untuk santapan rohani? dah cukup amal nak 'book' tempat Al-Firdaus?

AKU RASA.. betul jugak tu..

ORANG KATA..
successful people have a good time management, ada bisnes di kl, new york, tokyo.. masih sempat berkempen utk pilihanraya, masih sempat melepas lelah di disko dan karaoke, masih sempat pasang perempuan 2-3,
baru orang boleh respect!

ATUK KATA..
setiap manusia dapat 24 jam dlm sehari, tapi..ada masa ke utk sujud di sejadah 5 kali sehari semalam? ada masa ke nak selak Al-Quran sekali seminggu? ada masa ke nak jenguk ibu ayah di kampung, sekali dalam seminggu, atau sebulan, atau setahun?

AKU RASA..
err..betul jugak tu..

APA KATA AWAK

TAHUKAH ANDA..  

Posted by Admin in

1. Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK..YKK bermakna Yoshida Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia yang menghasilkan zip yang kita pakai sekarang ni.

2. Bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun. Sehingga kini kita tidak tahu mengapa.

3. Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? benar!! Coklat mampu merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan ounces yang banyak mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.

4. Kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik ikan yang telah diproses.

5. Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan bukannya perasa tambahan pada makanan.

6. Tiada satu pun jam di Las Vegas gambling casinos. Dengan ketiadaan jam akan melekakan penjudi penjudi dengan taruhan mereka..

7. Kerana ketangkasan Bruce Lee..pengarah terpaksa memperlahankan sedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar biasa dari orang lain.

8. Nama sebenar rama-rama (butterfly) ialah'flutterby'.

9. Mosquito repellents atau penghalau nyamuk tidak membunuh.Sensor nyamuk hanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan di mana mangsa berada.

10. Pakar dan doktor gigi mengesyorkan berus gigi hendaklah diletakkan sekurang kurangnya 6 kaki jauh dari tandas utk menghalang kuman berterbangan ketika anda menggunakan flush tandas.

11. Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dpat jawapan 12345678987654321.

12. Warna iru adalah warna kesukaan 80 peratus rakyat Amerika.

13. Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan 'octothorp'.

14. Adalah mustahil jika anda bersin tanpa memejamkan mata.

15. Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala.

16. Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telentang, kita tidak akan tenggelam di dalam pasir jerlus.

17. Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad.

18. Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalam sehingga ke tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan.

19. Produk pertama menggunakan bar code adalah Wrigley's gum.

20. Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap tahun.

21. Mengikut statik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling banyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang berleluasa dan senang dibiakkan untuk makanan.

22. Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv.

23. terdapat banyak telefon di Washington D.C mengalahkan penduduk penduduknya.

24. Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepas anda serta merta.

25. Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan di dalam segelas champagne segar, kismis tersebut akan turun ke dasar gelas dan naik semula dan turun kembali dan seterusnya seakan dilambung-lambung.

26. Leonardo da Vinci juga mencipta gunting dan beliau menghabiskan 10 tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa (10 tahun untuk bahagian bibirnya sahaja)

27. 90% dari pembaca yang membaca info ini kebanyakannya tidak tahu tentang fakta yang telah diberikan. Keajaiban fakta-fakta sebegini dapat menarik minat pembaca untuk mengetahui dari atas kemusykilan minda kita sendiri.

28. Dan kebanyakan pembacanya membaca fakta ini semasa waktu pejabat...Pelik bukan!

PERIHAL KELUARGA TOK WAN DAUD  

Posted by Admin in

SENARAI NAMA AJK MERANGKAP WAKIL KELUARGA MASING-MASING

01. Mohd Radi B. Awang
02. Rofidi B. Awang
03. Zokry B. Wan Isa
04. Norzuki B. Wan Isa
05. Zuraida Bt. Mohd Yusof
06. Yusli B. Mohd Yusof
07. Wan Zamli B. Wan Mohd Zain
08. Wan Mohd Fadzli
09. Nazri B. Mat Yusof
10. Zamri B. Mat Yusof
11. Mohd Hasni B. Mat Yusof
12. Wan Ahmad Fakhrudin B. Wan Pauzi
13. Wan Ahmad Nazir B. Wan Pauzi
14. Mohd Azhar B. Abd. Rahman
15. Azuan B. Abd. Rahman
16. Zaini B. Alias
17. Mohd Pariff B. Alias
18. Wan Hendon Bt. Wan Daud
19. Nor Azlizma Bt. Abd. Razak
20. Arjunaidi B. Ismail
21. Mohd Faizal B. Ismail
22. Syed Ramli
23. Syed Ahmad Sobrie
24. Wan Muhammad B. Wan Daud
25. Noraini



LAPORAN 'POST MORTEM' MAJLIS PERHIMPUNAN DAN HARI RAYA KELUARGA TOK WAN DAUD KE-3

Tarikh : 15 Oktober 2007 / 3 Syawal 1428H
Masa : 9.30 mlm
Tempat : Kediaman Mat Yusof
Kehadiran :
1. Zaini B. Alias
2. Mohd Pariff b. Alias
3. Zamri Mat Yusof
4. Nazri Mat Yusof
5. Wan Ahmad Fakruddin B. Wan Pauzi
6. Wan Ahmad Nazir B. Wan Pauzi
7. Mohd Azuan B. Abd. Rahman
8. Mohd Azhar B. Abd Rahman
9. Mohd Hasni Mat Yusof

AGENDA 1: JUMLAH KEHADIRAN YANG RENDAH

Punca:-
a. Ketiadaan promosi seperti kad jemputan @ sms.
b. Tiadanya organisasi (AJK) yang jelas.
c. Komitmen kerja pada hari majlis diadakan.

(Peratusan kehadiran juga mengambilkira bilangan yang tidak balik kampung & bilangan yang balik kampung tetapi tidak hadir)

Cadangan untuk akan datang:-
a. Hantar kad jemputan lebih awal kepada AJK dan ahli keluarga.
b. Hubungi ahli keluarga untuk ketahui siapa yang balik kampung dan siapa yang tidak.


AGENDA 2: MASA MAJLIS BERMULA

Majlis yang bermula adalah lewat daripada yang dijadualkan kerana tetamu lambat tiba.

Cadangan untuk akan datang:-
a. Majlis akan dimulakan dengan acara makan.
b. Hadiah baju untuk 200 ahli keluarga yang terawal datang.

AGENDA 3: KOS YANG TERSASAR

Punca:-
Terdapat kos yang tiada pada majlis tahun lepas tetapi ada pada tahun ini dan terpaksa ditanggung oleh tuan rumah seperti:-
a. Sewa bekasan
b. Sewa khemah
c. Sewa kerusi
d. Upah memasak
e. Upah mencuci
f. Cameraman
g. Hadiah akademik
h. Hamper VIP



CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:-

a. Buat baju / topi / sticker.Tempahan boleh dibuat dalam blog ini.
b. Hebahan dalam web jika berlakunya kematian di kalangan ahli keluarga terdekat dan perkahwinan.
c. Memainkan lagu-lagu raya sepanjang majlis berlangsung.
d. Membawa gambar-gambar lama untuk pameran.
e. Sudut untuk kanak-kanak bermain semasa majlis berlangsung.
f. Penambahan acara sukaneka.
g. Tema warna pakaian mengikut keluarga masing-masing.
h. T-shirt untuk AJK.
i. Menjemput keluarga-keluarga yang ada pertalian dengan Tok Wan Daud dan Hjh. Mariam.
j. Sudut BBQ di tempat yang khas dan bersesuaian.
k. Acara nasyid.
l. Kanopi yang ada kipas, backdrop dan scellot.
m. Sate
n. TV untuk sudut kanak-kanak.
o. Ubah cara kutipan yuran tahunan.

14 FAKTA MENARIK..  

Posted by Admin in

14 Fakta menarik yang agak mencuit hati sebagai tatapan pengunjung yang dikasihi. Allah SWt tidak menjadikan sesuatu dengan sia-sia, setiap kejadian baik mahupun buruk ada hikmah di sebaliknya.

“Orang yang mengingati Allah ketika berdiri dan duduk ketika berbaring dan mereka memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (mereka mengatakan): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, peliharalah kami daripada seksa neraka."(Surah Al-Imram, ayat 191).


1. Rama-rama merasa makanannya dengan kaki.

2. Bunyi itik tidak menghasilkan talun (echo).

3. Dalam tempoh 10 minit, taufan membebaskan lebih banyak tenaga berbanding
keseluruhan tenaga yang boleh dibebaskan dari senjata nuklear yang terdapat
di bumi.

4. Secara purata, ramai manusia lebih takut labab-labah daripada takut mati.

5. Gajah adalah satu-satu mamalia yang tidak boleh melompat.

6. Satu dari dua billion manusia akan dapat hidup sehingga 116 tahun atau
lebih.

7. Tidak mustahil bagi lembu menaiki tangga, tetapi ia tidak boleh menuruni
tangga.

8. Wanita berkelip mata dua kali lebih banyak dari lelaki.

9. Secara fizikal semulajadi, adalah mustahil untuk anda menjilat siku
sendiri.

10. Siput boleh tidur sehingga tiga tahun.

11. Saiz mata manusia tetap sama sejak dilahirkan, tetapi tumbesaran hidung
dan telinga tidak pernah berhenti sewaktu hidup.

12. Semua beruang kutub adalah kidal.

13. Mata burung unta adalah lebih besar dari saiz otaknya.

14. TYPEWRITER adalah perkataan terpanjang yang boleh dibina dari huruf-huruf yang terdapat dalam satu barisan yang sama pada papan kekunci.

*Marilah sama-sama kita sentiasa memuji kebesaran Allah SWT dengan selalu berzikir kepadaNYA..
Subhanallah...Walhamdulillah... wallahuakbar.

BOLEHKAH PUASA QADA DAN SYAWAL DIGABUNGKAN?  

Posted by Admin in

Isu keutamaan antara sunat Syawal dan Qada seringkali menjadi perbincangan di kalangan umat Islam yang ingin menunaikan kewajipan dan perintah agamanya dan lazimnya menjadi persoalan ialah tentang penggabungannya dengan puasa ganti Ramadan dan puasa yang perlu didahulukan.

Malah ada yang bertanya manakah yang lebih baik di antara puasa sunat Syawal dan puasa Qadha sedangkan telah terbukti dari hadis sebuah Qudsi yang sahih yang menuntut umat Islam mengutaamakan dahulu kewajipan menunaikan puasa ganti terlebih dahulu.

Sabda Rasullullah berhubung puasa tersebut : "...dan tidaklah hampir kepadaku seorang hambaKu dengan apa juapun, maka yang lebih ku sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardhu/wajib ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya..." (Riwayat Al-Bukhari).

Mengulas isu ini Ustaz Zaharuddin Abd Rahman berkata walaupun waktu bagi puasa Qada adalah panjang, umat Islam tetap tidak pasti adakah mampu menunaikan sampai ke tarikh tertentu atau ajal menjelang dahulu.

"Seseorang yang mati sebelum mengganti puasa Ramadannya tetapi sudah berpuasa sunat Syawal akan pasti bermasalah kerana ia dikira masih berhutang dengan Allah SWT.

Tiada dalil gabungkan puasa sunat Syawal dan Qada dalam satu niat

Bagaimanapun seseorang yang mati setelah berjaya menggantikan puasanya tetapi tidak sempat berpuasa sunat Syawwal, pastinya tiada sebarang masalah pun, malah mungkin ia juga mungkin boleh mendapat pahala sunat Syawal itu sekali," katanya dalam laman webnya www.zaharuddin.net

Dalam pada itu beliau turut mengulas isu menggabungkan puasa qada dan syawal yang sememangnya amat popular dan lazimnya dilakukan oleh rata-rata umat Islam.

"Tidak elok untuk menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu (dari sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Ini kerana sepengetahuan saya tiada dalil yang spesifik membuktikan Nabi s.a.w. pernah melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk menggabungkannya," katanya.

"Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik kerana pilihan Nabi s.a.w. dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik," katanya.

Malah katanya terdapat juga hujah yang menyebabkan pandangan yang mengharuskan penggabungan 'qada dan ganti' itu dipersoalkan, iaitu antaranya jika seseorang mengatakan boleh gabung puasa qada (yang wajib) dengan puasa syawal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat.

Atau ada yang akan beranggapan boleh gabungan solat Isyak dengan Tarawih, atau Subuh dengan 'tahiyatul masjid' atau dengan solat sunat fajar, atau solat Jumaat dengan solat sunat 'tahiyatul masjid',katanya.

Menurut Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa'dy (bekas Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd 'Uqlah el-Ibrahim (Jordan), mereka berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya.

Selain itu tindakan Aisyah ra yang melewatkan Qada pula boleh dijadikan hujah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa Qada dan Syawal.

Selain itu amalan wajib (qada) memerlukan niat yang 'jazam' (tepat dan pasti) maka tindakan mengabungkan ia dengan niat puasa sunat mungkin boleh merosakkan kepastiannya, kata Zaharuddin lagi.

Namun secara cermat beliau membuat kesimpulan dalam mengutarakan perbincangan ini iaitu adalah tidak elok digabungkan dan sangat didahulukan yang wajib (qada) daripada sunat (Syawal) tetapi menganggap sebagai rukhsah "keringanan" bagi mereka yang mempunyai kesukaran kerana uzur dan tidak mampu untuk mengasingkannya.

FAIL PDF BERNAMA report.pdf BOLEH MEROSAKKAN KOMPUTER  

Posted by Admin in

"E-mail yang mengandungi fail PDF telah menjadikan banyak komputer berisiko sejak hari Jumaat yang lepas menurut syarikat keselamatan F-Secure yang berasal dari Finland.

"Email-email ini yang dihantar dengan banyak kelihatan seperti penyata kad kredit mengandungi satu tempelan yang dinamakan 'report.pdf'," dalam kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pegawai Penyisatan Mikko Hypponen.

Apabila fail berkenaan dibuka menerusi mesin yang tidak dilindungi, ia akan mula menyedut perisian dari pengkalan server di Malaysia atau Sweden yang ketika ini sedang dibersihkan, katanya. "Akan terdapat banyak lagi serangan seumpama ini."

"Kami amat bimbang dengan kes ini kerana tempelan PDF biasanya tidak ditapis pada pintu keluar email."

Kemaskini keselamatan untuk Adobe Acrobat Reader yang membuka fail-fail PDF telah boleh disedut beberapa hari yang lepas tetapi tidak ramai pengguna telah mengemaskini perisian berkenaan lagi, kata Hypponen."

Halaman

IKLAN


RADIO

TV ONLINE

DEMI MASA

Date Conversion
Gregorian to Hijri Hijri to Gregorian
Day: Month: Year

TOTAL VISITS

PENGIKUT SETIA

YM STATUS

IP ADDRESS ANDA

Allahyarham Haji Wan Daud Bin Wan Salleh

Allahyarham Haji Wan Daud Bin Wan Salleh

Allahyarhamah Hajjah Mariam Bt. Haji Daud

Allahyarhamah Hajjah Mariam Bt. Haji Daud

INFORMASI

Sebarang berita atau informasi yang ingin disiarkan dalam blog ini bolehlah menghantarnya melalui email: tokwandaud@yahoo. com.my atau sms kepada admin di talian 012-9626827.

STATISTIK PELAWAT

SURAT KHABAR