SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG RASMI PERHIMPUNAN SELURUH KELUARGA TOK WAN DAUD (PERSADA) - Saluran Alternatif Informasi Keluarga

RUMAH TOK WAN SEKARANG (14.7.2009)  

Posted by Admin in

Inilah perkarangan dan rumah Tok Wan setelah 12 tahun pemergian beliau.

Perigi @ telaga Tok Wan.Air yang sudah berkarat dan penuh dengan buah 'setto'.


Bekas tapak bahagian dapur rumah.


Kebun buah belakang rumah.


Bekas tapak rumah.


Tangga rumah.


Jalan masuk ke rumah Tok Wan.

AL-FATIHAH  

Posted by Admin in

14hb Julai 1997 bersamaan 9 Rabiulawal 1418H merupakan tarikh dimana Tok Wan telah kembali ke Rahmatullah. Hari ini, 14hb Julai 2009 adalah genap 12 tahun Tok Wan meninggalkan kita.

Kubur Tok Wan


Kubur Mok Tok Wan

Kubur Tok Wan (kanan) dan Mok Tok Wan (kiri) yang berada bersebelahan.

PETUA UNTUK TAHAN LAMA  

Posted by Admin in

KELAPA PARUT
Untuk lebih tahan lama... selama 2 tahun. Belah kelapa dan ambik sebelah sahaja. Gunakan pada 31 December 2009. Dan sebelah lagi pada 1 Januari 2010. Wah?... tahan sampai 2 tahun kan ?... Amazing GresteQuer! Jangan lupa hujung tahun nie cuba tau...

NASI/LAUK
Biar tahan lebih lama... jangan gunakan jari pasal jari korang ada bakteria. Sebab tu lauk cepat basi. Ceduk la pakai sudu ke, sudip ke.

BARANGAN KEMAS TERUTAMA EMAS
Barangan emas bila dah terlalu banyak dikenakan zakat. Tapi kalau untuk lebih 'tahan lama'... bayar la zakat untuk barang kemas tu. Kalau tak, tetiba hilang atau kena curi... padan muka korang... hahaha!

PAKAIAN TAHAN LAMA
Jangan rendam dalam serbuk pencuci lama sangat elak guna washing mach... Jangan jemur bawah mentari terik elak guna bleach... Jangan bawa mandi kat beach. Gantung bila disimpan. Cuc i guna air jeram/hujan. Jangan bagi pinjam kat kawan! Kalau boleh pakai baju member, baju sendiri simpan elok-elok.

KERETA
Lepas beli, simpan kat garaj... bungkus elok-elok... jangan bagi angin masuk... jangan bagi abuk masuk... jangan bagi wap air masuk. Pagi-pagi panaskan enjin dan hari-hari lap kereta. Bayar loan bulan-bulan sampai abis loan... gerenti kereta tahan lama...

KENYANG
Kalau nak tahan lama... sebelum makan baca bismillah dan doa... Akhir makan... doa dan ucap alhamdullillah. . Jangan jadi macam setan...

UMUR
Umur nak tahan lama?... Jangan Merokok!... Rokok nak tahan lama?... Jangan Hisap!...

P/S: jangan hisap benda-benda yang dilarang... sendiri mau ingat aaaa...

TIDUR
Nak tahan lama tak tidur malam - senang aje jangan tidur.

HUBUNGAN
Bertahan lama dalam persahabatan/ hubungan. .. Jujur dan ikhlas.

KUEH RAYA
Kueh raya kalau nak tahan lama, melantak bebanyak sikit, kalau orang datang rumah beraya kasi tapaukan dia sekali kueh-kueh raya tu... ini bermakna tak la membazir... kalau simpan lama sangat nanti kueh jadi tengik... lepas tu nak kena buang, so... jangan jadi setan... membazir amalan setan.

KERJA
Kerja kalau nak "tahan lama " jangan asyik nak baca email aje macam korang... dah tak ada kerja lain ke... kalau BOSS nampak tak pasal-pasal kena tendang.

PAHAM TAK ORANG CAKAP NI......DAH GI WAT KEJE TU !!

COVER SIKIT TAU!  

Posted by Admin in

1.Kalau tersepak batu, jangan terus bangun, sebaliknya anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai... lepas tu baru bangun bila takde org nampak..

2. Kalau terjatuh basikal, cepat-cepat naik basikal anda semula dan jatuhlah lagi sehingga berkali-kali supaya org ingat anda saja-saja buat lawak....

3. Kalau terjatuh tangga, terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus...

4. Kalau terjatuh dalam longkang, pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah
dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan.. .

5. Kalau jatuh ketika nak naik bas, jeritlah kuat-kuat.."oi! apa tolak-tolak ni?"
walaupun tiada orang di belakang anda...

6. Kalau terjatuh di depan bus stop, terus buat-buat pengsan sehingga ada orang membantu anda.. kalau takde..baring terus sampai malam dan takde orang lagi kat bus stop tu... haa.... ni lah masa sesuai utk bangun semula...

7. Kalau jatuh tergelincir kat lantai licin, tarik la kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda) untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda seorang je yang dapat malu... ye tak?

Halaman

IKLAN

Follow by Email

RADIO

TV ONLINE

DEMI MASA

Date Conversion
Gregorian to Hijri Hijri to Gregorian
Day: Month: Year

TOTAL VISITS

AHLI TOP 10

PENGIKUT SETIA

YM STATUS

IP ADDRESS ANDA

Allahyarham Haji Wan Daud Bin Wan Salleh

Allahyarham Haji Wan Daud Bin Wan Salleh

Allahyarhamah Hajjah Mariam Bt. Haji Daud

Allahyarhamah Hajjah Mariam Bt. Haji Daud

INFORMASI

Sebarang berita atau informasi yang ingin disiarkan dalam blog ini bolehlah menghantarnya melalui email: tokwandaud@yahoo. com.my atau sms kepada admin di talian 012-9626827.

DIARI PERSADA

STATISTIK PELAWAT

SURAT KHABAR