SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG RASMI PERHIMPUNAN SELURUH KELUARGA TOK WAN DAUD (PERSADA) - Saluran Alternatif Informasi Keluarga

Etika ketika menggunakan ruangan SEMBANG-SEMBANG  

Posted by Admin in

1. Tidak boleh membincangkan isu-isu yang sensitif seperti politik dan perkauman.

2. Setiap ahli keluarga perlu menggunakan nama sebenar, nama panggilan atau nama yang boleh dikenali.

3. Menggugat atau mencabar kredibiliti ahli keluarga dan pihak-pihak lain.

4. Mengaib ahli keluarga dan pihak-pihak lain.

5. Menimbulkan kekecohan di dalam serta diluar blog ini.

6. Terima teguran membina dan kritikan (yang betul) dengan hati terbuka.

7. Komen atau mesej mestilah ada value. Tidak cukup sekadar 'hehehe', TQ dan sebagainya.

8. Bermaaf-maafan jika ada yang berselisih pendapat dan bertikam lidah.

9. Tidak terlalu beremosi tetapi boleh bertegas.

10. Jika terdapat ahli keluarga yang tidak patuh kepada etika ini, anda akan di 'BAN' oleh Admin Blog PERSADA daripada menyertai ruangan SEMBANG-SEMBANG ini.

- Admin

Pembentangan Perbelanjaan Majlis Perhimpunan Seluruh Keluarga Tok Wan Daud Kali Ke-5 2010  

Posted by Admin in

Kutipan pada tahun ini:
1 Haji Awang 300.00
2 Hjh. Wan Kalsom 250.00
3 Hj. Wan Isa 250.00
4 Hj. Mat Yusof 300.00
5 Hj. Wan Pauzi 250.00
6 Hj. Wan Mohd Zain 200.00
7 Hjh. Wan Hasmah 250.00
8 Hjh. Wan Zainab 300.00
9 Hjh. Hendong 150.00
10 Hjh. Rahimah 200.00
11 Pn. Siti Assah 200.00
12 Hj. Wan Muhammad 150.00
Total : RM 2,800.00

Butir-butir perbelanjaan:
1 Hamper wajib, disediakan untuk setiap keluarga (RM50 X 12) 600.00
2 Hadiah sukaneka 190.70
3 Makanan dan lauk pauk wajib - gulai kawah (dikelolakan oleh tuan rumah):
Timun & ulaman 44.00
Daging 160.00
Sate (600 cucuk) 300.00
Beras (2 beg 10 kg) 48.00
Rempah ratus 30.00

Jumlah kutipan:
Ikan & paperbag 60.00
4 Sejadah (sehelai setiap keluarga) 222.00
5 Hamper kehadiran 100% 50.00
6 Penyediaan air minuman (dikelolakan oleh saudara Nazir) 100.00
7 Pinggan mangkuk dan cawan polisterin (dikelolakan oleh saudara Hasni) 288.00
8 Sewa khemah, kerusi dan meja (dikelolakan oleh saudara Nazri) 400.00
9 P.A system (dikelolakan oleh saudara Nazri) F.O.C
10 Banner (dikelolakan oleh saudara Zamri) 100.00
11 Buah pencuci mulut - tembikai (dikelolakan oleh Saudara Pariff) 30.00
12 Anugerah pelajar cemerlang (RM50 x 6, RM30 X 1) 330.00
2,952.70

Sumbangan yang diterima dengan jutaan terima kasih:
1 Bahan (peralatan) - gula-gula dan belon Saudara Rafidi (penakah)
2 Sate 1000 cucuk (tambahan) Saudara Anuar Bundle (penakah)
3 Satu persalinan setiap keluarga Bonda Rahimah - Cik (Kota Bharu)
4 Hamper -hamper cabutan bertuah Setiap keluarga yang terlibat.
5 Makanan serta kuih muih Setiap keluarga yang terlibat.

Disediakan oleh:
Zaini Bin Elias (selaku Pengarah Projek yang dilantik)
Tarikh: 18 September 2010

Catatan:
Senarai di atas adalah hanya kepada apa yang tercatat dan sampai ke pengetahuan Pengarah
Projek. Kepada mana-mana A.J.K yang telah mengeluarkan perbelanjaan dan belum menuntut wang pengembalian, sila kemukakan kepada email: eynlis@gmail.com (Zaini Bin Elias) untuk dilunaskan.

Facebook Perhimpunan Seluruh Keluarga Tok Wan Daud (PERSADA)  

Posted by Admin in

Harap dimaklumkan bahawa kita akan melancarkan facebook Perhimpunan Seluruh Keluarga Tok Wan Daud (PERSADA). Facebook ini bukanlah menggantikan blog yang sedia ada tetapi sebagai alternatif lain sebagai medium untuk kita menghimpunkan ahli keluarga kita di samping berkongsi info-info yang berkaitan kerana terdapat sesetengah daripada kita tidak dapat melayari blog kerana sekatan-sekatan. Di samping itu, melalui facebook juga, gambar-gambar dapat diupload dengan banyak dan senang dilihat berbanding blogspot yang akan menyebabkan page menjadi lembab kalau paparan mengandungi gambar yang banyak.

Facebook ini akan di moderate oleh saudara Wan Ahmad Nazir (merujuk kepada perbincangan atas longkang, tepi pagar dan disebalik banner dalam Stadium Sultan Muhammad Ke-IV semasa rehat separuh masa pertama Piala Malaysia Kelantan lawan Negeri Sembilan semalam-hehe). Facebook sedang dalam pembikinan dan akan dilancarkan pada 16hb September 2010 (serentak dengan ulang tahun Blog PERSADA).

Kepada ahli-ahli yang telah mempunyai akaun facebook, bolehlah add di link berikut : http://www.facebook.com/?ref=home#!/pages/Perhimpunan-Seluruh-Keluarga-Tok-Wan-Daud/153464221345386?ref=ts

Ulang Tahun Ke-3 Blog PERSADA  

Posted by Admin in

16 September setiap tahun adalah hari ulang tahun Blog Perhimpunan Seluruh Keluarga Tok Wan Daud (PERSADA). 16 September 2010 merupakan ulang tahun blog ini yang ke-3 tahun. Sepanjang 3 tahun usia blog ini, jumlah pelawat daripada ahli keluarga adalah kurang membanggakan dengan jumlah ahli yang pernah mengunjunginya tidak sampai 50 orang. Walaupun jumlah hits setakat coretan ini adalah 18,525, tetapi yang mengunjunginya hanyalah ahli-ahli yang sama sahaja. Terima kasih buat semua yang selalu mengunjungi blog ini.

Sekiranya ramai yang mengunjungi blog ini, mungkin banyak input serta info yang kita semua dapat kongsi bersama di samping pelbagai cadangan-cadangan yang boleh diketengahkan. Di harap masing-masing dapat mempromosikan blog ini kepada ahli-ahli yang belum pernah lagi mengunjungi blog ini dan ahli yang belum mengetahui lagi kewujudan blog ini.

Sehubungan dengan itu, untuk makluman semua, untuk kerja-kerja mengemaskinikan blog ini, mulai 16 September 2010, saya akan dibantu oleh saudara Muhammad Hafiz B. Nasim agar blog ini sentiasa dikemaskini serta dapat diperbaharui dengan lebih baik lagi sebelum diserahkan tugas ini sepenuhnya kepada beliau. Oleh itu, selalulah mengunjungi blog ini sebagai tanda setakat mana komitmen kita terhadap apa-apa yang diadakan. Sekian, terima kasih.

- Admin

Pasca Majlis Perhimpunan Keluarga Tok Wan Daud Kali Ke-5 Tahun 2010  

Posted by Admin in

Coretan pertama
Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan buat semua ahli keluarga Tok Wan Daud tak kira dimana berada samada yang beraya di kampung halaman ataupun di perantauan.

Majlis Perhimpunan Keluarga Tok Wan Daud Kali Ke-5 Tahun 2010
Terima kasih kepada semua ahli keluarga yang hadir semasa majlis tersebut, walaupun sibuk dengan pelbagai acara lain serta masalah kesesakan jalan tetapi masih lagi dapat meluangkan masa bagi menghadiri majlis yang diadakan 2 tahun sekali ini. Kehadiran pada majlis ini adalah membanggakan dengan kehadiran seramai 262 orang daripada 318 jumlah keseluruhan ahli keluarga kita termasuk 2 orang ahli baru yang lahir beberapa jam sebelum majlis dimulakan.

Kepada semua AJK yang bertungkus lumus membuat persiapan, tahniah diucapkan kerana komitmen yang ditunjukkan tanpa mengira penat lelah bagi memastikan majlis dapat dianjurkan dengan sempurna walaupun terdapat beberapa perkara yang dibuat pada saat-saat akhir. Bukan sesuatu yang mudah untuk menganjurkan majlis yang sebegini tanpa melibatkan komitmen semua pihak samada secara langsung ataupun tidak langsung.

Kepada ahli-ahli yang mengutarakan usul-usul bagi menambahbaikkan komuniti kita, terima kasih diucapkan kerana keprihatinan yang ditunjukkan sebagai tanda sayang kepada komuniti kita ini yang dijadikan sebagai medium untuk menghimpunkan kita sekeluarga. Usul-usul ini mungkin boleh diketengahkan untuk kebaikan kita semua.

Buat tuan rumah yang akan datang pada tahun 2012 iaitu Hj. Awang B. Wan Daud di Kampung Penakah, Machang, diharap dapat menganjurkan majlis ini lebih baik lagi daripada majlis-majlis yang dianjurkan sebelum ini agar ada sesuatu kelainan berbanding yang telah dianjurkan. Kita jumpa lagi pada Majlis Perhimpunan Keluarga Tok Wan Daud Kali Ke-6 Tahun 2012 di Kampung Penakah, Machang.

- Admin

MINIT MESYUARAT  

Posted by Admin in

Minit Mesyuarat Gerak kerja yang diadakan pada 28 Ogos 2010 (Sabtu) Jam 10.00 malam bertempat di Rumah Mok Moh di Kampung Kijal Kemuning, Machang, Kelantan

Yuran : Naik RM50.00
Majlis pada 12 September 2010 (Ahad)
Tempat : Perkarangan Rumah Pok Mudo, Kampung Kijal Kemuning, Machang, kelantan
Masa : 11.00 pagi hingga 4.30 petang
Makanan :-
- Nasi Gulai Kawah
- Air Sirap & Teh 'O'
- Makan bermula jam 11.30 pagi
Menu :-
- Daging 10 kg
- Sambal 1 kg
- Ulam, budu dan ikan tawar
- Buah tembikai
- Sate - 1,600 cucuk (Mok Yah 600 cucuk dan Nazri 1,000 cucuk)

*** NOTA
- Setiap family perlu membawa makanan 'berat' untuk makan 10 orang ke atas.
- Setiap family perlu membawa 2 hamper untuk cabutan bertuah.

Anggaran Kos :-
- Khemah : RM500.00
- Sate : RM 800.00
- Beras : RM 60.00
- Daging : RM 160.00
- Arang : RM 20.00
- Air : RM 7.00 x 10 tong = RM 70.00
- Gelas, pinggan polistrin = RM 200.00
Hamper wajib :
- Kain sejadah : RM 220.00
- Hamper : RM 600.00
Hadiah sukaneka + pelajar cemerlang : RM 200.00
- Administration : RM 100.00

*** Meeting terakhir akan diadakan pada malam raya pada jam 10.00 malam bertempat di Rumah Mok Moh. (Agenda : Pembahagian tugas dan lain-lain hal)

Tentatif Program
10.30 pagi : Pendaftaran & pembahagian no. cabutan bertuah.
11.00 : Buka majlis oleh Pengarah Projek
Bacaan doa oleh Pak Do Ji
Ucapan alu-aluan oleh Pak Cu Amat
Bacaan Al-Quran Oleh Cik

11.30 pagi : Makan
Santai

12.30 t/h : Cabutan bertuah (3 cabutan)
Santai
Sembahyang Zuhur berjemaah

1.50 ptg : Tahlil

2.15 ptg : Cabutan bertuah (3 cabutan)

2.30 - 3.30 ptg : Sukaneka (kanak-kanak)
Berebut gula-gula (bawah 5 tahun)
Tiup belon (prasekolah, Darjah 1-3)
Isi air dalam botol (Darjah 4,5 dan 6)

3.30 ptg : Cabutan bertuah (3 cabutan)

3.45 - 4.45 ptg : Persembahan Dikir Barat

4.15 ptg : Cabutan bertuah
Anugerah Pelajar Cemerlang
Penyampaian hamper wajib
Anugerah kehadiran 100%
Bersurai

Halaman

IKLAN

Follow by Email

RADIO

TV ONLINE

DEMI MASA

Date Conversion
Gregorian to Hijri Hijri to Gregorian
Day: Month: Year

TOTAL VISITS

AHLI TOP 10

PENGIKUT SETIA

YM STATUS

IP ADDRESS ANDA

Allahyarham Haji Wan Daud Bin Wan Salleh

Allahyarham Haji Wan Daud Bin Wan Salleh

Allahyarhamah Hajjah Mariam Bt. Haji Daud

Allahyarhamah Hajjah Mariam Bt. Haji Daud

INFORMASI

Sebarang berita atau informasi yang ingin disiarkan dalam blog ini bolehlah menghantarnya melalui email: tokwandaud@yahoo. com.my atau sms kepada admin di talian 012-9626827.

DIARI PERSADA

STATISTIK PELAWAT

SURAT KHABAR