Gambar Kahwin
Posted by Admin in Berita Persada, Galeri Foto
Saluran Alternatif Informasi Keluarga
Posted by Admin in Berita Persada
1. Tidak boleh membincangkan isu-isu yang sensitif seperti politik dan perkauman.
2. Setiap ahli keluarga perlu menggunakan nama sebenar, nama panggilan atau nama yang boleh dikenali.
3. Menggugat atau mencabar kredibiliti ahli keluarga dan pihak-pihak lain.
4. Mengaib ahli keluarga dan pihak-pihak lain.
5. Menimbulkan kekecohan di dalam serta diluar blog ini.
6. Terima teguran membina dan kritikan (yang betul) dengan hati terbuka.
7. Komen atau mesej mestilah ada value. Tidak cukup sekadar 'hehehe', TQ dan sebagainya.
8. Bermaaf-maafan jika ada yang berselisih pendapat dan bertikam lidah.
9. Tidak terlalu beremosi tetapi boleh bertegas.
10. Jika terdapat ahli keluarga yang tidak patuh kepada etika ini, anda akan di 'BAN' oleh Admin Blog PERSADA daripada menyertai ruangan SEMBANG-SEMBANG ini.
- Admin
Posted by Admin in Berita Persada
Kutipan pada tahun ini:
1 Haji Awang 300.00
2 Hjh. Wan Kalsom 250.00
3 Hj. Wan Isa 250.00
4 Hj. Mat Yusof 300.00
5 Hj. Wan Pauzi 250.00
6 Hj. Wan Mohd Zain 200.00
7 Hjh. Wan Hasmah 250.00
8 Hjh. Wan Zainab 300.00
9 Hjh. Hendong 150.00
10 Hjh. Rahimah 200.00
11 Pn. Siti Assah 200.00
12 Hj. Wan Muhammad 150.00
Total : RM 2,800.00
Butir-butir perbelanjaan:
1 Hamper wajib, disediakan untuk setiap keluarga (RM50 X 12) 600.00
2 Hadiah sukaneka 190.70
3 Makanan dan lauk pauk wajib - gulai kawah (dikelolakan oleh tuan rumah):
Timun & ulaman 44.00
Daging 160.00
Sate (600 cucuk) 300.00
Beras (2 beg 10 kg) 48.00
Rempah ratus 30.00
Jumlah kutipan:
Ikan & paperbag 60.00
4 Sejadah (sehelai setiap keluarga) 222.00
5 Hamper kehadiran 100% 50.00
6 Penyediaan air minuman (dikelolakan oleh saudara Nazir) 100.00
7 Pinggan mangkuk dan cawan polisterin (dikelolakan oleh saudara Hasni) 288.00
8 Sewa khemah, kerusi dan meja (dikelolakan oleh saudara Nazri) 400.00
9 P.A system (dikelolakan oleh saudara Nazri) F.O.C
10 Banner (dikelolakan oleh saudara Zamri) 100.00
11 Buah pencuci mulut - tembikai (dikelolakan oleh Saudara Pariff) 30.00
12 Anugerah pelajar cemerlang (RM50 x 6, RM30 X 1) 330.00
2,952.70
Sumbangan yang diterima dengan jutaan terima kasih:
1 Bahan (peralatan) - gula-gula dan belon Saudara Rafidi (penakah)
2 Sate 1000 cucuk (tambahan) Saudara Anuar Bundle (penakah)
3 Satu persalinan setiap keluarga Bonda Rahimah - Cik (Kota Bharu)
4 Hamper -hamper cabutan bertuah Setiap keluarga yang terlibat.
5 Makanan serta kuih muih Setiap keluarga yang terlibat.
Disediakan oleh:
Zaini Bin Elias (selaku Pengarah Projek yang dilantik)
Tarikh: 18 September 2010
Catatan:
Senarai di atas adalah hanya kepada apa yang tercatat dan sampai ke pengetahuan Pengarah
Projek. Kepada mana-mana A.J.K yang telah mengeluarkan perbelanjaan dan belum menuntut wang pengembalian, sila kemukakan kepada email: eynlis@gmail.com (Zaini Bin Elias) untuk dilunaskan.
Posted by Admin in Berita Persada
Harap dimaklumkan bahawa kita akan melancarkan facebook Perhimpunan Seluruh Keluarga Tok Wan Daud (PERSADA). Facebook ini bukanlah menggantikan blog yang sedia ada tetapi sebagai alternatif lain sebagai medium untuk kita menghimpunkan ahli keluarga kita di samping berkongsi info-info yang berkaitan kerana terdapat sesetengah daripada kita tidak dapat melayari blog kerana sekatan-sekatan. Di samping itu, melalui facebook juga, gambar-gambar dapat diupload dengan banyak dan senang dilihat berbanding blogspot yang akan menyebabkan page menjadi lembab kalau paparan mengandungi gambar yang banyak.
Facebook ini akan di moderate oleh saudara Wan Ahmad Nazir (merujuk kepada perbincangan atas longkang, tepi pagar dan disebalik banner dalam Stadium Sultan Muhammad Ke-IV semasa rehat separuh masa pertama Piala Malaysia Kelantan lawan Negeri Sembilan semalam-hehe). Facebook sedang dalam pembikinan dan akan dilancarkan pada 16hb September 2010 (serentak dengan ulang tahun Blog PERSADA).
Kepada ahli-ahli yang telah mempunyai akaun facebook, bolehlah add di link berikut : http://www.facebook.com/?ref=home#!/pages/Perhimpunan-Seluruh-Keluarga-Tok-Wan-Daud/153464221345386?ref=ts
Posted by Admin in Berita Persada
16 September setiap tahun adalah hari ulang tahun Blog Perhimpunan Seluruh Keluarga Tok Wan Daud (PERSADA). 16 September 2010 merupakan ulang tahun blog ini yang ke-3 tahun. Sepanjang 3 tahun usia blog ini, jumlah pelawat daripada ahli keluarga adalah kurang membanggakan dengan jumlah ahli yang pernah mengunjunginya tidak sampai 50 orang. Walaupun jumlah hits setakat coretan ini adalah 18,525, tetapi yang mengunjunginya hanyalah ahli-ahli yang sama sahaja. Terima kasih buat semua yang selalu mengunjungi blog ini.
Sekiranya ramai yang mengunjungi blog ini, mungkin banyak input serta info yang kita semua dapat kongsi bersama di samping pelbagai cadangan-cadangan yang boleh diketengahkan. Di harap masing-masing dapat mempromosikan blog ini kepada ahli-ahli yang belum pernah lagi mengunjungi blog ini dan ahli yang belum mengetahui lagi kewujudan blog ini.
Sehubungan dengan itu, untuk makluman semua, untuk kerja-kerja mengemaskinikan blog ini, mulai 16 September 2010, saya akan dibantu oleh saudara Muhammad Hafiz B. Nasim agar blog ini sentiasa dikemaskini serta dapat diperbaharui dengan lebih baik lagi sebelum diserahkan tugas ini sepenuhnya kepada beliau. Oleh itu, selalulah mengunjungi blog ini sebagai tanda setakat mana komitmen kita terhadap apa-apa yang diadakan. Sekian, terima kasih.
- Admin