SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG RASMI PERHIMPUNAN SELURUH KELUARGA TOK WAN DAUD (PERSADA) - Saluran Alternatif Informasi Keluarga

PERKOSAAN VISUAL  

Posted by Admin in

Ketika kita masuk ke toilet, bilik mandi, bilik hotel, ruang ganti pakaian, dan lain-lain, seberapa besar anda yakin bahawa cermin yang tergantung di dinding dan kelihatannya seperti cermin biasa itu memang benar-benar cermin biasa, atau sebenarnya itu adalah cermin dua arah (orang di belakang cermin boleh melihat anda, sementara anda tidak dapat melihat mereka).

Banyak tempat di mana orang memasang cermin 2 arah di dalam ruang ganti pakaian wanita, namun tidak menutup kemungkinan juga di ruang ganti lelaki. Adalah sangat sulit untuk secara jelas mengindentifikasi permukaannya hanya dengan melihatnya saja. Saatnyalah kita untuk berhati-hati.

Jadi, bagaimana kita dapat menentukan dengan pasti apakah cermin tersebut adalah cermin biasa atau cermin 2 arah?. Kalau di bilik polis, iaitu di ruang soal siasat, sudah dapat dipastikan cerminnya 2 arah tapi untuk di Public Area do this thing :

LAKUKANLAH TEST SEDERHANA (TEST KUKU JARI)

Letakkan ujung kuku anda di atas permukaan cermin. Jika ada jarak (gap) antara kuku anda dan bayangan kuku anda di cermin, dapat dikatakan bahwa cermin itu adalah cermin biasa (selamat).Tetapi, jika kuku anda terus menyentuh bayangan kuku anda di cermin, hati-hatilah, kerana benda itu adalah cermin 2 arah ! Kerana itu ingatlah selalu, setiap kali anda melihat cermin di tempat-tempat umum seperti disebutkan di atas, lakukanlah "TEST KUKU JARI". Tidak perlu membayar. Mudah dilakukan, dan ini mungkin boleh menyelamatkan anda dari "PERKOSAAN VISUAL" !

Para wanita : beri tahu teman-teman anda yang lain.
Para lelaki: beri tahu istri, anak perempuan atau teman - teman anda

VIDEO-VIDEO PERLAWANAN AKHIR PIALA FA 2009  

Posted by Admin in

Ni video-video pada hari perlawanan akhir Piala FA 2009 antara Kelantan lwn Selangor. Walaupun Kelantan kalah, tetapi dari segi penyokong tetap berpihak kepada Kelantan samada dari segi bilangan penyokong mahupun sorakan padu penyokong-penyokong. Penyokong Selangor haruslah menerima hakikat ini walaupun ramai penyokong-penyokong mereka tetap menyatakan mereka ada kelebihan dari segenap segi (merujuk kepada forum Kelab Penyokong Selangor). Dengan kehadiran penyokong Kelantan seramai 40,000 menjadikan suasana pada hari itu sangat meriah dan belum ada dalam sejarah lagi kalau dibandingkan dengan perlawanan-perlawanan akhir Piala FA, Piala Malaysia dan sebagainya. Saksikanlah video-video yang dikutip daripada You Tube.
Kredit untuk Nazir, Kelate Dot Net dan individu-individu yang upload video-video ini.













PERLAWANAN AKHIR PIALA FA: KELANTAN LWN SELANGOR  

Posted by Admin in


Kredit kepada Footy4EVA09 dan Kelate Dot Net.

SEKILAS LIGA  

Posted by Admin in



Akibat tindakan segelintir penyokong-penyokong Kelantan semasa perlawanan separuh akhir Piala FA pertama tempoh hari, habis rosak susu sebelanga. Kita dipandang negatif oleh orang-orang luar.Dalam video ni ada temuramah Azuan b. Abd. Rahman semasa perhimpunan Anti Hooligans di luar Stadium Bukit Jalil sebelum perlawanan menentang Selangor dalam saingan Liga Super tempohari.Dalam stadium plak,Azuan terkena mercun yang dibaling oleh penyokong yang tak bertamadun di kepalanya.(Kawe bersimpati ko demo)

p/s: Terima kasih ko ORCADlayout (web master Kelete.Net) yang memberi izin untuk copy video ni.

SIAPAKAH ORANGNYA?  

Posted by Admin in

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

Halaman

IKLAN


RADIO

TV ONLINE

DEMI MASA

Date Conversion
Gregorian to Hijri Hijri to Gregorian
Day: Month: Year

TOTAL VISITS

PENGIKUT SETIA

YM STATUS

IP ADDRESS ANDA

Allahyarham Haji Wan Daud Bin Wan Salleh

Allahyarham Haji Wan Daud Bin Wan Salleh

Allahyarhamah Hajjah Mariam Bt. Haji Daud

Allahyarhamah Hajjah Mariam Bt. Haji Daud

INFORMASI

Sebarang berita atau informasi yang ingin disiarkan dalam blog ini bolehlah menghantarnya melalui email: tokwandaud@yahoo. com.my atau sms kepada admin di talian 012-9626827.

STATISTIK PELAWAT

SURAT KHABAR