SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG RASMI PERHIMPUNAN SELURUH KELUARGA TOK WAN DAUD (PERSADA) - Saluran Alternatif Informasi Keluarga

LEMBUNYA HANYUT DIBAWA ARUS  

Posted by Admin in

Tersebutlah kisah seorang penduduk di suatu kampung yang mempunyai seekor lembu
yang gemuk dan banyak air susunya. Untuk memperoleh keuntungan yang berlipat ganda,
penduduk itu sering mencampurkan air susu lembu dengan air tawar.

Suatu ketika, penduduk itu mengembalakan lembunya di tengah padang. Tiba-tiba hujan
turun dengan lebatnya. Tak lama kemudian banjir besar melanda. Akibatnya, lembu penduduk itu tenggelam dan terbawa ke sungai. Melihat lembunya hanyut dan di bawa arus, penduduk itu menangis seorang diri.

Melihat orang tuanya menangis, anak-anaknya berkata:
"Wahai ayah, janganlah bersedih. Sesungguhnya air yang sering kita gunakan untuk mencampurkan air susu itu telah berkumpul menenggelamkan lembu. Inilah akibat kecurangan kita dalam usaha. Sebab, barangsiapa mengambil sesuatu dengan cara haram, Allah akan menghilangkannya.Untuk itu, mulai sekarang kita harus berlaku jujur dalam melakukan pekerjaan apapun. Baik pekerjaan kecil mahupun pekerjaan besar"

0 comments

Catat Ulasan

Halaman

IKLAN

Follow by Email

RADIO

TV ONLINE

DEMI MASA

Date Conversion
Gregorian to Hijri Hijri to Gregorian
Day: Month: Year

TOTAL VISITS

AHLI TOP 10

PENGIKUT SETIA

YM STATUS

IP ADDRESS ANDA

Allahyarham Haji Wan Daud Bin Wan Salleh

Allahyarham Haji Wan Daud Bin Wan Salleh

Allahyarhamah Hajjah Mariam Bt. Haji Daud

Allahyarhamah Hajjah Mariam Bt. Haji Daud

INFORMASI

Sebarang berita atau informasi yang ingin disiarkan dalam blog ini bolehlah menghantarnya melalui email: tokwandaud@yahoo. com.my atau sms kepada admin di talian 012-9626827.

DIARI PERSADA

STATISTIK PELAWAT

SURAT KHABAR