SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG RASMI PERHIMPUNAN SELURUH KELUARGA TOK WAN DAUD (PERSADA) - Saluran Alternatif Informasi Keluarga

RUMAH MOK JOH PANGKAL MELERET HANGUS TERBAKAR  

Posted by Admin in

Enam beranak hilang tempat tinggal

PANGKAL MELERET - Enam beranak dekat sini kehilangan tempat tinggal apabila rumah mereka hangus terbakar dalam kebakaran kira-kira jam 11 pagi semalam.

Mangsa, Jah Abas, 87, berkata, ketika kejadian semua penghuni tiada di rumah kerana anaknya bersama keluarga pergi ke Kuala Lumpur manakala dia pula melawat besannya yang sakit di kampung bersebelahan (Pangkal Changgong).

"Mak cik tinggal seorang diri memandangkan anak bersama keluarganya ke Kuala Lumpur. Mak cik keluar rumah kira-kira jam 9.30 pagi dan mendapat tahu berita kebakaran ini pada jam 11 pagi.

"Api bermula di bahagian dapur, namun mak cik tidak pasti di mana puncanya. Sebelum keluar mak cik telah pastikan semua dalam keadaan selamat termasuk dapur gas ditutup. Jumlah kerugian masih belum dianggarkan dan kini yang tinggal hanyalah ruang tamu rumah manakala yang lain semuanya musnah," katanya kesedihan.

Menurut Jah, hanya beberapa kelengkapan rumah yang dapat diselamatkan dan sebuah kereta yang diletakkan di garaj di hadapan rumah.

Katanya, kejadian tersebut begitu mengejutkan dan masih terfikir-fikir apakah punca kejadian, namun tetap bersyukur ia tidak melibatkan sebarang kema-langan jiwa.

Kebakaran tersebut berjaya dikawal anggota Bomba dan Penyelamat Ma-chang yang tiba di tempat kejadian kira-kira jam 11.10 pagi.

Pada masa sama, Jabatan Kebajikan Masyarakat bertindak segera dengan menyediakan bantuan be-kalan makanan kepada mangsa terlibat.

Sumber: Sinar Harian Edisi Kelantan

0 comments

Catat Ulasan

Halaman

IKLAN

Follow by Email

RADIO

TV ONLINE

DEMI MASA

Date Conversion
Gregorian to Hijri Hijri to Gregorian
Day: Month: Year

TOTAL VISITS

AHLI TOP 10

PENGIKUT SETIA

YM STATUS

IP ADDRESS ANDA

Allahyarham Haji Wan Daud Bin Wan Salleh

Allahyarham Haji Wan Daud Bin Wan Salleh

Allahyarhamah Hajjah Mariam Bt. Haji Daud

Allahyarhamah Hajjah Mariam Bt. Haji Daud

INFORMASI

Sebarang berita atau informasi yang ingin disiarkan dalam blog ini bolehlah menghantarnya melalui email: tokwandaud@yahoo. com.my atau sms kepada admin di talian 012-9626827.

DIARI PERSADA

STATISTIK PELAWAT

SURAT KHABAR