KAMUS LAMA, KAMUS BARU
Posted by Admin in Agama
Anda diberikan dua pilihan untuk membuat rujukan tentang makna sesuatu perkataan. Yang pertama ialah sebuah kamus yang telah usang. Dan anda dapati ia adalah cetakan edisi pertama dan tarikhnya ialah tahun 1968.
Manakala satu lagi merupakan cetakan terkini, di tahun anda sedang membaca artikel ini. Yang mana satu anda ingin membuat rujukan? Kepada orang yang waras fikirannya sudah tentu akan memilih edisi terkini kerana banyak perbendaharaan kata serta contoh-contoh ayat yang baru dimasukkan.
Sekarang mari kita bandingkan antara Injil dan Al-Quran. Kita sedia maklum akan sifat manusia yang terkenal dengan degil, keras hati, sombong dan sebagainya. Mereka tidak mahu menerima Al-Quran sebagai panduan hidup dan tetap mempertahankan kitab Injil mereka. Walhal secara mudah fahamnya Al-Quran bolehlah kita letakkan sebagai rujukan edisi terkini yang diturunkan Allah sebagai panduan 'seluruh' umat manusia. Di dalamnya ada menceritakan pelbagai isu antaranya menyentuh cerita-cerita dari zaman dahulu hinggalah ke hari kiamat, termasuklah kisah Nabi Isa A.S. Tidak ketinggalan juga menyentuh tentang aspek-aspek perundangan, sains, geografi, astronomi, alam tumbuhan, haiwan sebutlah apa sahaja pasti ada di dalamnya.
Sekiranya anda membaca Al-Quran beserta terjemahannya anda akan dapati ianya sangat menakjubkan. Bagaikan seorang bapa mengajar anak-anaknya apa yang patut dia lakukan dan apa yang patut ditinggalkan, di samping ilmu-ilmu lain yang berkaitan kehidupan di dunia sehinggalah melampaui kehidupan sesudah mati termasuk syurga dan neraka. Untuk lebih jelas anda boleh merujuk tafsir yang dihuraikan secara terperinci oleh para-para ulama'.
Islam mengiktiraf Nabi Isa A.S sebagai nabi dan rasul serta mempercayai kitab injil yang asal tetapi malangnya mereka tidak dapat menerima Nabi Muhammad S.A.W serta Al-Quran sebagai kitab akhir zaman.
Persoalan pasti timbul, kenapa ramai orang yang islam yang murtad? Mudah sahaja jawapannya. Kebanyakkan yang murtad terutamanya di Malaysia ialah mereka yang tidak mendalami agama serta gagal menghadiri majlis-majlis ilmu, suka berpeleseran dan berpoya-poya tanpa hala-tuju. Manakala yang masuk Islam pula tak kurang juga ramainya malah bertambah dengan mendadak terutama di negara-negara barat setelah peristiwa 11 September. Bezanya mereka terdiri dari golongan intektual, berpelajaran, ahli fikir dan ini termasuklah paderi-paderi kristian sendiri yang gagal memahami makna 'tuhan itu satu tapi tiga'.
Bacalah Al-Quran hari ini dan hayatilah terjemahannya pasti anda tidak akan menyesal selama-lamanya malah bersyukur kerana membaca artikel ini.