SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG RASMI PERHIMPUNAN SELURUH KELUARGA TOK WAN DAUD (PERSADA) - Saluran Alternatif Informasi Keluarga

CUBA RENUNGKAN..  

Posted by Admin in

ORANG KATA..
enjoy sementara muda, hidup panjang lagi, Bila tua nanti tobatlah.

ATUK KATA..
orang muda hidup memang baru bermula, tapi belum tentu masih panjang lagi, entah esok lusa Izrail datang menjemput.

AKU RASA..
betul jugak tu..

ORANG KATA..
exams tu susah, kena banyak sacrifice, constant study..past year papers..etc..etc..etc..

ATUK KATA..
exams tu senang aje, dah ada tarikh untuk di uji, dah ada syllabus untuk di ikut, kalau ajal.. entah bila siapapun tak tahu, byk pula tu peringkat ujiannya, Munkar Nankir, Neraca Mizan, tayangan slide..

AKU RASA..
betul jugak tu..

ORANG KATA..
have fun on your birthday, panggil kekawan and sedara mara,
berpartylah sepanjang malam, make it a memorable one!!

ATUK KATA..
setiap hari jadi, kita semakin hampir, hampir setahun dengan kematian, setahun lagi diberi peluang utk beramal, bertaubat..

AKU RASA..
betul jugak tu..

ORANG KATA..
kerja mesti sungguh-sungguh, beli rumah besar, kereta mewah, makan lazat.. baru hati puas!

ATUK KATA..
ye ke hati dah puas?? dah cukup ibadah nak tempah kubur luas-luas? dah siap kenderaan meluncur Siratul Mustaqim?
dah cukup zikir untuk santapan rohani? dah cukup amal nak 'book' tempat Al-Firdaus?

AKU RASA.. betul jugak tu..

ORANG KATA..
successful people have a good time management, ada bisnes di kl, new york, tokyo.. masih sempat berkempen utk pilihanraya, masih sempat melepas lelah di disko dan karaoke, masih sempat pasang perempuan 2-3,
baru orang boleh respect!

ATUK KATA..
setiap manusia dapat 24 jam dlm sehari, tapi..ada masa ke utk sujud di sejadah 5 kali sehari semalam? ada masa ke nak selak Al-Quran sekali seminggu? ada masa ke nak jenguk ibu ayah di kampung, sekali dalam seminggu, atau sebulan, atau setahun?

AKU RASA..
err..betul jugak tu..

APA KATA AWAK

0 comments

Catat Ulasan

Halaman

IKLAN

Follow by Email

RADIO

TV ONLINE

DEMI MASA

Date Conversion
Gregorian to Hijri Hijri to Gregorian
Day: Month: Year

TOTAL VISITS

AHLI TOP 10

PENGIKUT SETIA

YM STATUS

IP ADDRESS ANDA

Allahyarham Haji Wan Daud Bin Wan Salleh

Allahyarham Haji Wan Daud Bin Wan Salleh

Allahyarhamah Hajjah Mariam Bt. Haji Daud

Allahyarhamah Hajjah Mariam Bt. Haji Daud

INFORMASI

Sebarang berita atau informasi yang ingin disiarkan dalam blog ini bolehlah menghantarnya melalui email: tokwandaud@yahoo. com.my atau sms kepada admin di talian 012-9626827.

DIARI PERSADA

STATISTIK PELAWAT

SURAT KHABAR