SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG RASMI PERHIMPUNAN SELURUH KELUARGA TOK WAN DAUD (PERSADA) - Saluran Alternatif Informasi Keluarga

AHLI BARU KELUARGA TOK WAN DAUD  

Posted by Admin in















Nur Dayana Syafiah Bt. Azlan

Cucu Wan Zainab Bt. Wan Daud dan Abdul Rahman (Kolam Abu)
Lahir pada 3 Disember 2007

FAKTA MENARIK (3)  

Posted by Admin in

Sotong raksasa mempunyai mata yang terbesar diantara semua binatang.

Jika anda letak ikan emas di bilik gelap, ianya akan kelihatan berwarna putih.

Siput boleh tidur sehingga 3 tahun.

Kebanyakan ayam jantan berkelip sebelah mata saja pada satu satu masa.

Seekor kuda punya lebih 18 tulang dari seorang manusia.

Tikus tak boleh muntah. Sebab itu racun tikus amat berkesan membunuhnya.

Kucing boleh dengar bunyi ultrasound

Gajah adalah satu-satunya mamalia yang tidak boleh melompat

Beruang dewasa boleh berlari sepantas kuda.

Air kencing kucing bercahaya dalam gelap

Rama-rama terbesar di dunia ialah Queen Alexandra Birdwing di Papua New Guniea, sayapnya lebih kurang 11 inci.

Mamalia terkecil di dunia adalah sejenis spesis kelawar di Thailand yang beratnya hanya seberat duit syiling 1 sen.

Lipas boleh hidup selama sembilan hari tanpa kepala sebelum ia mati kelaparan.

Deria rasa rama-rama di kakinya.

Seekor kucing ada 32 otot di setiap telinganya

AHLI BARU KELUARGA TOK WAN DAUD  

Posted by Admin in
























Muhamad Adam B. Mohd Pariff
(Cucu Hasmah Bt. Wan Daud)
Lahir pada 7 Januari 2008 bersamaan 28 Zulhijjah 1428H (Isnin) pada pukul 9.10 pagi.

TAHNIAH DIUCAPKAN DARIPADA SEMUA AHLI PERSADA.

DOA AKHIR TAHUN DAN AWAL TAHUN HIJRAH  

Posted by Admin in

Doa Akhir Tahun (di baca antara asar dan magrib)

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Doa Awal Tahun (di baca sejurus mengerjakan waktu magrib)

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.


"SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1429H"

KALAU TIDUR HOTEL, JANGAN LUPA BAWA INI  

Posted by Admin in

Pesanan kepada pasangan suami isteri yang ingin tidur di hotel. Berikut adalah cadangan yang amat praktikal apabila anda tidur di hotel-hotel di Malaysia ini untuk mengelakkan rakaman kamera tersembunyi. Ianya murah dan boleh didapati di kebanyakkan kedai di Malaysia ini.



Ianya murah dan boleh didapati di kebanyakkan kedai di Malaysia ini. Kartun ini mencadangkan kita menggunakan khemah (Kartun akhbar Kosmo 6 Jan 2008). Klik pada gambar untuk lebih jelas.

Halaman

IKLAN


RADIO

TV ONLINE

DEMI MASA

Date Conversion
Gregorian to Hijri Hijri to Gregorian
Day: Month: Year

TOTAL VISITS

PENGIKUT SETIA

YM STATUS

IP ADDRESS ANDA

Allahyarham Haji Wan Daud Bin Wan Salleh

Allahyarham Haji Wan Daud Bin Wan Salleh

Allahyarhamah Hajjah Mariam Bt. Haji Daud

Allahyarhamah Hajjah Mariam Bt. Haji Daud

INFORMASI

Sebarang berita atau informasi yang ingin disiarkan dalam blog ini bolehlah menghantarnya melalui email: tokwandaud@yahoo. com.my atau sms kepada admin di talian 012-9626827.

STATISTIK PELAWAT

SURAT KHABAR