SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG RASMI PERHIMPUNAN SELURUH KELUARGA TOK WAN DAUD (PERSADA) - Saluran Alternatif Informasi Keluarga

PUASA 6 PADA BULAN SYAWAL  

Posted by Admin in

Syukur Alhamdulillah kerana kita telah selesai menjalani ibadah puasa sepanjang bulan Ramadhan yang lepas. Sama-samalah kita berdoa agar mudah-mudahan Allah menerima amalan puasa kita. Di samping itu juga diharapkan agar latihan ibadat yang kita lakukan sepanjang Ramadhan seperti puasa, solat sunat, sedekah, bacaan Quran dapat diteruskan dalam bulan-bulan lain sehinggalah kita bertemu Ramadhan yang akan datang.

Setiap amalan ada kesan dan hasilnya. Ibadat puasa Ramadhan ini mampu menjadikan kita orang yang bertakwa. Inilah intipati dari Ramadhan. Kelazatan puasa memuncak ketika berakhirnya Ramadhan. Kita inginkan keberkatan Ramadhan ini berpanjangan hingga setahun, tapi apakan daya ia datang hanya sebulan saja.

Sungguhpun begitu, kita masih berpeluang meneruskan puasa selepas 1 Syawal. Adalah menjadi amalan sunat mengerjakan puasa 6 hari dalam bulan Syawal. Ia boleh dilakukan mulai 2 Syawal hingga 7 Syawal secara berterusan atau mana-mana 6 hari dalam bulan tersebut. Nabi Muhammad saw. bersabda "Barangsiapa berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa 6 hari dalam bulan Syawal, maka orang itu seolah-olah berpuasa setahun penuh."

Sebagaimana yang diketahui semua amalan sunat adalah sebagai penampal mana-mana kekurangan dalam amalan fardhu. Sayugialah kita mengambil peluang ini untuk berpuasa 6 di bulan Syawal. Selain mendapat pahala puasa setahun, kita juga dapat memperbaiki kekurangan dalam ibadat puasa bulan Ramadhan.

Bagi kaum perempuan yang tidak dapat berpuasa penuh dalam bulan Ramadhan kerana kedatangan haid, puasa Sunat 6 hari dalam Syawal ini memberi peluang terbaik untuk mengqadha' di samping mendapatkan pahala berpuasa sunat. Kebiasaan mentaakhirkan qadha sehingga hampir Ramadhan akan datang adalah satu amalan yang tidak sepatutnya dilakukan. Amalan wajib jika ditinggalkan mestilah disegerakan sebagai menunjukkan sikap pengabdian diri kita terhadap Allah. Apakah makna dan tujuan kita melambatkan qadha' puasa wajib? Tidak lain menunjukkan seolah-olah kita keberatan untuk menunaikan kewajiban yang telah kita tinggalkan. Bukankah Allah tahu apa yang tersirat di hati kita?

Natijah dari amalan puasa ialah taqwa dan kasih akan Allah. Tanda kasih akan Allah ialah berkhidmat kepadaNya. Siapa mencintai Allah dia akan berbahagia di alam akhirat, sebaliknya siapa mencintai dunia dan isinya, ketahuilah dunia akan meninggalkan kita. Kelazatan dunia walaupun bagus tetapi ia tidak kekal. Ia berakhir sebaik saja kita menemui ajal. Sebaliknya kelazatan akhirat kekal abadi tanpa batasan waktu.

Di antara tanda kita mengasihi akan Allah ialah mulut sentiasa berzikir (mengingati / menyebut) Allah, hati tidak lalai mengingati sesuatu selain Allah. Setiap amalan yang dilakukan diperiksa terlebih dulu adakah untuk nafsu atau Allah. Mana yang dirasakan untuk Allah diteruskan. Apabila melihat sesuatu hati terus teringat kepada Allah yang menjadikannya. Selain itu, sentiasa mendampingi orang alim (ulama) kerana mereka ialah pewaris nabi. Kita sedar kita adalah bersama orang yang kita cintai di akhirat nanti. Jika hati menyintai nabi dan para ulama, insyallah kita bersama mereka di akhirat . Bagaimana pula agaknya kalau kecintaan beralih kepada para artis dan penyanyi? Nauzubillah...

Sebagai akhirnya, sama-samalah kita berdoa supaya kita dapat bertemu Ramadhan tahun depan dan seterusnya.

"Ya Allah, masukkanlah kami ke dalam golongan orang yang merindui Ramadhan kerana kami sedar di syurga terdapat sebuah pintu bernama Ar-Rayyan yang tidak boleh dimasuki oleh sesiapa kecuali orang yang berpuasa saja. Kami juga sedar Ya Allah bahawa puasa merupakan benteng terkuat dari azab neraka. Oleh itu jadikanlah kami orang yang rajin mengerjakan puasa wajib dan sunatnya. Kau peliharakanlah kami dari azab api neraka yang tidak mampu bagi kami untuk menanggungnya.." Amin.

SEKADAR MENGHILANGKAN NGANTUK DIBULAN PUASA  

Posted by Admin in

Kesah Pertama:
Sewaktu aku berada di Jelutung. Jalan tu kan penuh sesak. Badan aku agak besar sedikit. Pada hari tu aku menumpang seorang kawan pergi ke Komtar naik motor kap cai Honda 70. Dia pun kaki cilok jugak, selit sana selit sini, aku duduk belakang punye le kecut perut. Sampai satu tempat di mencelah
antara dua kereta, motor lepas, dia lepas, dua2 lutut aku tak lepas, kedebuk aku terduduk tengah jalan sambil terkangkang, Semua orang tengok aku, cinabing, macam sami budda duduk
sorang sorang tengah jalan yang penuh sesak dengan kenderaan lepas tu kawan aku patah balik sambil gelak bagai nak giler.


Kisah Kedua.
Aku menumpang member jugak naik motor pergi town. Sampai kat trafic light dia pun berhenti. Aku pun teringat pulak nak hisap rokok. Aku pun turunkan kedua-dua kaki dan berdiri sikit celok poket nak ambil lighter dalam poket seluar. Waktu tu lah lampu bertukar menjadi hijau, kawan aku terus jalan meninggalkan aku berdiri sambil berjingkit
nak nak ambil lighter di trafic light. Satu bandar orang yang nampak aku berdiri terkakang
sorang sorang dilampu isyarat;macam ape entah;..gelak pulak tu dia orang.

Kisah ketiga.
Waktu sekolah tingkatan tiga. Lepas sekolah cepat2 aku balik ambil motor buruk ayah aku, kerana nak pergi pekan. Waktu tu kalau boleh bawak motor dah kire grand la tu. Tujuan aku bukan nak beli barang sangat. Waktu tu leh awek2 sekolah tengah berlonggok tunggu bas nak balik rumah.
Waktu tu ler aku nak menayang betapa machonye aku, jejaka idaman mereka, ader motor le katakan. Tapi pada hari tu kejadiaan yang sangat memalukan telah berlaku. Masa betul2 sampai depan awek2 tu, aku boleh tak perasan ader lubang, motor aku pun terlanggar lubang tu, baik nasib tak jatuh, Aku memang ler tak jatuh, tapi ekzoz motor ayah
aku tu terjatuh, maka dengan itu bunyinye mengalahkan helikopter, satu malaysia dengar, aku rase macam nak masuk lubang jamban je waktu tu, nak ditinggalkan ekzoz tu takut ayah aku marah, nak ambil malu tak boleh nak cakap depan awek2
tapi aku rupenya lagi takut kat ayah aku, terpaksa aku cari kertas surat khabar dan ambil ekzoz tu. Pas tu tolak ler motor sampai rumah. Lepas tu tak mau ngurat lagi

Pengalaman Pertama:
Pada suatu hari pernah aku melihat seorang perempuan susah sungguh nak naik tangga bas, pasal skirt dia ketat sangat, aku beratur kat belakang dia. Sekali dia cuba angkat kaki nak pijak
tangga pertama bas, bila tak boleh dia akan longgarkan zip skirtnye yang terletak kat belakang. Sekali lagi cuba tak boleh, dia bukak lagi sedikit zip skirt kat belakang, bila aku dah tengok tiga empat kali dia gagal nak pijak tangga pertama bas tu, masih tak boleh kerana skirt dia ketat sangat, aku pun cuba tolong angkat dia terus ketangga pertama. Tapi malang dia pusing kebelakang dan terus lempang aku, dia kata aku gatal kerana pegang pinggangnye. Dia tanya kenapa berani pengang pinggang dia
dan angkat dia, sedangkan dia tak kenal aku. Aku pun jawab "Mula2 saya pun rase tak kenal, tapi cik ni dah tiga kali bukak zip seluar saya, dah nak terkeluar awang kat dalam tuh" Cepat2 dia mintak maaf kat aku..

Pengalaman Kedua
Seorang pakcik tengak duduk dalam bas, waktu tu dalam bas dah penuh sesak, ramai yang tak dapat duduk, sampai satu tempat ada sorang amoi naik bas, pakai sikit punya seksi, dan dia pulak
diri sebelah pakcik tu, aku tengok pakcik tu tak selesa, tak tau pasal apa, lepas tu aku dengar dia berzikir, kuat gek, sampai
aku pun boleh dengar, "Aztagafirullah" banyak kali dan cuba elakkan tengok si amoi yang seksi dan menggiurkan tu, ape taknye, skirt dia aje punye pendek dah nak nampak seluar dalam, pening pakcik tu, Tiba2 bas membelok, dan amoi tu secara tak sengaja terjatuh kat riba pakcik tu....pakcik tu tengah baca "Aztagafirullah" kuat2 dan
laju2, tapi bila amoi tu terjatuh, terus cakap "Alhamdullihlah" ....tak gune punya pakcik.....

Pengalaman Ketiga
Aku pernah tengok sorang tua, masa nak turun bas dia berdiri aje kat tangga bas, tak turun2, bila dah lama sangat, driver tu tanya napa pakcik tak turun lagi, kami nak jalan nih. Pakcik tu jawap
"masa naik tadi pakcik tinggalkan selipar kat luar, tapi dah tak der sekarang, ramai betul pencuri selipar sekarang nih"

HADITH RAMADHAN  

Posted by Admin in

Pengertian Hadith :

“Sesiapa yang berpuasa ramadhan dengan penuh keimananan dan mengharapkan keampunan Allah, maka diampunkan dosa-dosanya yang terdahulu” [Muttafaqun ‘alaih]

Syarah Hadith :

Hadith ini merupakan hadith utama kelebihan orang-orang beriman yang berpuasa ramadhan iaitu dosa-dosa terdahulu mereka diampunkan. Dosa-dosa yang dimaksudkan ialah dosa-dosa selagimana mereka tidak melakukan dosa besar. Ini kerana dosa besar secara khususnya wajib bertaubat kepada Allah Ta’ala. Pengertian ini juga berkesinambungan dengan hadith yang menceritakan tentang “terhapusnya dosa bermula ramadhan ke ramadhan akan datang selagimana bukan merupakan dosa besar”.

Manakala, hadith diatas menyebut “dosa-dosa yang terdahulu” sahaja dan bukannya seperti sebahagian riwayat dhoif pada hadith tersebut dengan tambahan “diampunkan juga dosa-dosa yang akan datang”. Pakej istimewa tersebut ternyata hanya milik istimewa para anbiya dan rasul.

Dosa-dosa kecil orang-orang yang berpuasa Ramadhan ini dihapuskan oleh Allah dengan syarat :

1. DILAKUKAN PENUH KEIMANAN

Orang-orang mukmin sifat puasanya adalah dengan penuh keimanan. Yakni mengakui akan kewajipan berpuasa sebagai seorang muslim. Maka dia bersungguh-sungguh melakukan ibadat tersebut dengan penuh ketaatan dan meninggalkan segala pantang larang puasa. Manakala, Imam Nawawi menyebut yang dimaksudkan dengan dilakukan dengan penuh keimanan iaitu meyakini atas terdapat kelebihan-kelebihan berpuasa yang diberikan oleh Allah kepada hamba-hambaNya.

2. BERPUASA SEMATA-MATA MENGHARAPKAN KEAMPUNAN ALLAH

Manakala, orang yang berpuasa mengharapkan keampunan Allah bermakna mereka tidak mengharapkan pujian dari manusia, atau motif yang lain. Yang mereka tujukan puasa tersebut hanya kerana Allah Ta’la. Mereka yang terlalu mengharapkan rahmat, ganjaran, keampunan, taubat dari Allah antara golongan yang akan diampunkan dosa-dosanya selagi mana tidak melakukan dosa-dosa besar.

Oleh itu, marilah kita sama-sama merebut peluang keemasan yang telah ditawarkan sekali dalam setahun ini. Mungkin inilah Ramadhan yang terakhir buat diri kita.

Wallahua’lam.

Sumber: http://mesrarakyat.wordpress.com/

SOLAT TERAWIH DAN SELAWAT SELEPASNYA  

Posted by Admin in

Soalan; ust tolong jwb permasalahan ttg:
-tarawih secara individu di rumah dan berjemaah berdasarkan amalan Rasulullah dan pandangan para fuqaha
-amalan berselawat ke atas baginda dan ke atas khulafak rasyidin antara rakaat2 tarawih
-bilangan rakaat tarawih berdasarkan pandangan para fuqaha

Jawapan;

Mengenai bilangan rakaat solat terawih dan yang berkaitan dengannya termasuk menunaikannya secara berjamaah atau bersendirian di rumah telah saya huraikan dalam blog Laman Fiqh Anda, sila ruruk; (http://fiqh-am.blogspot.com/).

Adapun mengenai amalan berselawat selepas setiap dua rakaat, secara khusus amalan itu tidaklah pernah dilakukan oleh Nabi s.a.w. dan juga para sahabat sebagaimana yang ditegaskan oleh para ulamak. Namun, amalan berselawat itu sendiri terdapat banyak hadis menggalakkannya secara umum tanpa menghadkan masa dan tempat. Di antaranya hadis yang masyhur (bermaksud); “Sesiapa berselawat ke atasku sekali, Allah akan berselawat untuknya 10 kali”. Oleh itu, sebahagian ulamak tidak melarang amalan berselawat selepas solat Terawih tersebut kerana ada sandarannya di dalam nas sekalipun ianya bid’ah (baru) dari sudut hai-ah atau kaifiyatnya. Ia termasuk dalam kategori Bid’ah Idhafiyah. Namun, ulamak-ulamak yang amat menekankan keaslian amalan –iaitu ulamak-ulamak aliran Salafiyah, antaranya Imam Ibnu Taimiyyah, Ibnul-Qayyim dan sebagainya- mereka menentang sebarang bentuk Bid’ah (perkara baru) dalam agama termasuk dalam hal kaifiyat dan hai-ah.

Wallahu a’lam.

Sumber: http://ilmudanulamak.blogspot.com

BERBUKA; ADAKAH PERLU MENUNGGU HABIS AZAN?  

Posted by Admin in

Soalan; Ustaz, saya ingin minta penjelasan Ustaz berkenaan menyegerakan berbuka puasa. Saudara saya kata berbuka hendaklah selepas selesai azan berkumandang manakala sepengetahuan saya, waktu berbuka adalah waktu terbenam matahari iaitu masuk sahaja waktu maghrib dimana sebaik sahaja azan bermula sudah boleh berbuka. Apa pendapat Ustaz atas perkara ini? Jazakumullahu khairan kathira

Jawapan;

Ukuran waktu berbuka puasa bukanlah dengan azan, tetapi dengan terbenamnya matahari. Sabda Nabi s.a.w.; “Apabila malam telah tiba dari sana (yakni dari sebelah timur) dan siang telah berlalu dari sana (yakni dari sebelah barat) dan matahari telah terbenam, maka orang berpuasa sudah benar-benar (boleh) berbuka” (HR al-Bukhari dan Muslim dari Umar r.a.). Oleh demikian, tidak perlu kita menunggu hingga azan habis untuk berbuka puasa. Malah tidak perlu menunggu azan jika kita telah yakin matahari telah terbenam. Kadang-kadang bilal yang bertugas melaungkan azan ia terlewat melaungkannya, maka menunggunya menyebabkan kita lewat berbuka sedangkan kita tahu matahari telah beberapa minit terbenam.

Disunatkan kita segera berbuka puasa iaitu sebaik sahaja diyakini terbenam matahari atau masuk waktu maghrib. Sabda Nabi s.a.w.; “Senantiasalah umatku berada dalam kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka dan melambatkan sahur” (Riwayat Imam Ahmad dari Abu Zarr r.a.). Menjadi sunnah Nabi s.a.w. berbuka terlebih dahulu sebelum menunaikan solat. Anas r.a. menceritakan; “Rasulullah s.a.w. berbuka dengan beberapa butir tamar basar sebelum baginda menunaikan solat maghrib. Jika tidak ada tamar basah, baginda berbuka dengan tamar kering. Jika tidak ada sebarang tamar, baginda berbuka dengan meminum beberapa teguk air” (HR Imam Ahmad, Abu Daud dan at-Tirmizi. Menurut at-Tirmizi; hadis hasan soheh). Melambat-lambat berbuka puasa hukumnya adalah makruh kecuali jika ada sebab yang tidak dapat dielakkan.

Wallahu a'lam.

Sumber: http://ilmudanulamak.blogspot.com/

Halaman

IKLAN


RADIO

TV ONLINE

DEMI MASA

Date Conversion
Gregorian to Hijri Hijri to Gregorian
Day: Month: Year

TOTAL VISITS

PENGIKUT SETIA

YM STATUS

IP ADDRESS ANDA

Allahyarham Haji Wan Daud Bin Wan Salleh

Allahyarham Haji Wan Daud Bin Wan Salleh

Allahyarhamah Hajjah Mariam Bt. Haji Daud

Allahyarhamah Hajjah Mariam Bt. Haji Daud

INFORMASI

Sebarang berita atau informasi yang ingin disiarkan dalam blog ini bolehlah menghantarnya melalui email: tokwandaud@yahoo. com.my atau sms kepada admin di talian 012-9626827.

STATISTIK PELAWAT

SURAT KHABAR